Jumaat, 31 Ogos 2012

Silat Gayong Malaysia

PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA
Aktif1963 - Sekarang
NegaraMalaysia
PengasasMahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim



Silat Seni Gayong Malaysia telah diasaskan oleh Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim.
Silat Gayong ini telah diperkenalkan buat pertama kalinya di TaipingPerak.
Beliau menzahirkan ilmu pusaka dan amanah yang diterima dari Allahyarham Dato’ Laksamana Hang Tuah di kalangan rakan terdekat. 
Antara rakan rapat beliau ialah Wan Noh bin Haji Ismail, Wan Man bin Haji Ismail, Bakar dan Aziz Khan.



Sejarah dan Perkembangan
Silat Seni Gayong telah mula dikembangkan di luar Perak di Pulau SudongSingapura
Pada 17 haribulan Februari 1942 jam 2.00 petang, seramai 7 orang pemuda Pulau Sudong diperlimau sebagai murid Gayong. 
Mereka ialah Naning bin Mat, Ahmad Arshad bin Haji Hassan, Sabtu bin Likur, Yusof bin Rantau, Osman bin Timpong, Mustapha bin Bengkok dan Bendol bin Benggol. 
Bermula dengan hanya seramai 7 orang murid, Silat Seni Gayong telah terus berkembang sehingga ia merebak ke pulau – pulau berhampiran sepertiPulau SekingPulau BukumPulau SebarukPulau SekijangPulau SembilanPulau Semakom dan Pulau Damar.


Silat Seni Gayong mula berkembang di pulau besar Singapura pada akhir tahun 1949
7 orang murid pertama yang menjalani upacara Perlimau Tapak ialah Ahmad Sudi, Mansor Fadal, Ustaz Mansor, Sinwan, Joned Hanim, Hosni Ahmad dan Salim. 
Sinwan, Joned Hanim dan Salim merupakan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Singapura yang terawal menjadi murid Gayong. 
Pusat Latihan Silat Seni Gayong dalam tahun 1950 – an di pulau besar Singapura ialah di Bakar Sampah. 
Dalam tahun 1954, kumpulan pertama wanita seramai 7 orang telah memasuki Gayong di Singapura. 
Mereka ialah Che Kalsom bte. Haji Kechik, Paridah bte. Yusope, Asmah ( isteri Joned Hanim ), Aisyah ( isteri Mansor Fadal ), Rafeah Fadal, Hendon dan Intan.


Pada pertengahan tahun 1950 – an, ramai bintang filem Melayu mempelajari Silat Seni Gayong. 
Antaranya ialah Jasni AhmadNaeng YatimahKasma BootyP. Ramlee dan A. Rahim
Kemuncaknya dalam tahun 1956Dato’ Onn b. Jaafar, seorang tokoh politik dan pemimpin Melayu yang disegani telah menjadi murid Gayong.
 Beliau telah dilantik sebagai Penasihat Agung dan Waris Beradat Silat Seni Gayong.

Pada awal tahun 1957, satu rombongan Silat Seni Gayong dari Singapura yang dipimpin sendiri oleh Meor Abdul Rahman telah mengadakan persembahan di Kelab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah atas undangan Y.A.M. Tengku Laksamana Kedah, Tengku Kassim Ibni Sultan Badlishah. 
Pertunjukkan tersebut telah disaksi oleh DYMM Sultan Badlishah Ibni al – Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah, Sultan Kedah Darul Aman. 
Ini merupakan cubaan pertama untuk mengembangkan sayap Silat Seni Gayong di Kedah.

Sebuah akademi silat bernama Sekolah Gayong Woodlands atau Institute of Gayong Woodlands telah ditubuhkan oleh Meor Abdul Rahman dalam tahun 1959. 
Akademi ini mengeluarkan Sijil Diploma bagi mereka yang lulus dalam kursus – kursus yang ditawarkan.
 Antara tenaga yang pengajar yang membantu Meor Abdul Rahman ialah Siti Noor Aisyah bte. Meor Abdul Rahman, Nordin bin Abdul Rahman, Sidek, Abdul Majid bin Omar, Atan dan Abdul Rahman bin Kadir. 
Akademi ini telah berjaya melahirkan beberapa orang gurulatih semenanjung yang terkenal seperti Abdul Majid Mat Isa, Ramli Ibrahim, Ramli Mat Arof, Siti Kalsom Meor Abdul Rahman, Khamsiah M. Ali, Awang Daud dan Ahmad Lazim.
Silat Seni Gayong mula tersebar luas di Semenanjung Tanah Melayu apabila pada bulan Mac 1963, Meor Abdul Rahman telah membawa keluar bersama – samanya 8 orang gurulatih dari Kedah menjelajah ke negeri – negeri di Pantai Barat, Timur dan Selatan. 
Mereka terdiri daripada Abdul Majid Mat Isa, Ramli Mat Arof, Awang Daud, Ismail Chik, Ibrahim Abdullah, Mohd Khir Saad, Mohd Desa Din dan Ahmad Lazim. 
Kumpulan ini dipecah kepada beberapa buah negeri dan digilirkan atas arahan Meor Abdul Rahman sendiri.


Pendaftaran Silat Seni Gayong sebagai sebuah pertubuhan berdaftar telah diluluskan pada 22 hb Oktober 1963. Permohonan tersebut telah dibuat dalam tahun 1962 atas nasihat Dato’ Onn bin Jaafar. 
Alamat awal pertubuhan ini ialah di rumah seorang murid Gayong bernama Ibrahim di Jalan Yahya Awal, Johor Bahru, Johor. 
Apabila ibu pejabat pertubuhan berpindah ke Kota Sarang Semut, Kedah dalam tahun 1964, maka Kota Sarang Semut telah menggantikan Woodlands sebagai Pusat Latihan Tertinggi.
Perdana Gayong pertama telah berjaya dianjurkan di Stadium Darul Aman, Kedah dalam tahun 1964. 
Dalam tahun 1964 di Air Kuning, Taiping, Perak, sistem tingkatan bengkong dan pelajaran Silat Seni Gayong secara lebih sistematik telah disusun oleh beliau. 
Dengan bantuan gurulatih kanan, Ahmad bin Lazim dan para dermawan, beliau mula membangunkan Air Kuning sebagai pusat latihan baru dan membina sebuah balai adat. Pada 27 hb Januari 1971, Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong Malaysia Dan Serantau telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Idris Syah Ibni al – Marhum Sultan Alang Iskandar di Air Kuning.


Peringkat
Tahap pencapaian pelatih Gayong diperlihatkan daripada bengkung yang diperoleh. 
Setiap bengkung yang diperoleh merupakan petunjuk kepada pencapaian jenis-jenis kemahiran.
  • Judo black belt.PNG Hitam (Kosong)
  • Judo white belt.PNG Awan Putih
  • Judo green belt.PNG Pelangi Hijau
  • Judo red belt.PNG Pelangi Merah
  • Pelangi Merah Tinggi (Cula 1-3)
  • Judo yellow belt.PNG Pelangi Kuning
  • Pelangi Kuning Tinggi (Cula 1-5)
  • Harimau Pelangi Cula Sakti (Cula 1-6)
  • Harimau Pelangi Cula Sakti 7 adalah hak Dato' Meor Abdul Rahman sahaja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan