N
Peribahasa | Maknanya |
---|---|
Nafsu tidak bertepi. | Keinginan hati manusia tidak ada batasnya. |
Nafsu tidak bertepi. | Keinginan hati manusia tidak ada batasnya. |
Nafsu-nafsu, raja di mata sultan di hati. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Bersultan di mata, beraja di hati). nafsu = keinginan hati; nafsi = mementingkan diri sendiri. | Menuruti kehendak hati sendiri. |
Naga ditelan ular lidi. | Anak orang bangsawan kahwin dengan orang kebanyakan. |
Naik basuh kaki saja. | Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan mudah. |
Naik dari janjang, turun dari tangga. (janjang = jenjang.) | Membuat sesuatu pekerjaan menurut aturannya. |
Naik di janjang, turun di tangga. | Membuat sesuatu pekerjaan menurut aturannya. |
Naik ke rumah bercuci kaki saja. | Kahwin dengan tidak kena belanja apa-apa. |
Naik melompat, turun terjun. | Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. |
Naik membilang anak tangga turun selangkah jejaklah ke bumi. | Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. |
Naik seperti Kelip-kelip, turun seperti ribut. | Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. |
Naik tak bertangga, turun tak berpintu. | Melakukan sesuatu perbuatan yang salah. |
Naik tangga dari bawah. | Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. |
Nak ditelan termengkelan, nak diludah tak keluar. | Dalam keadaan yang serba salah. |
Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai. | Jimat dan cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah. |
Nak menangguk ikan, tertangguk ke batang. | Hendak laba, langsung jadi rugi. |
Nak tahu jahat orang tanyakan kepada seterusnya, nak tahukan baik orang tanyakan kepada sahabatnya. | Kejahatan dapat diketahui daripada musuh, kebaikan dapat diketahui daripada sahabat. |
Nampak gabak di hulu. | Ada tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal. |
Nampak kulitnya tahulah isinya. | Pada rupa muka atau gerak gerinya tahulah kita akan sifatnya. |
Nan berat tidak terpikul, nan ringan tidak terjinjing. | Sudah terlalu tua tidak terturutkan lagi ke hilir ke mudik. |
Nan berseluk urat, nan berjumbai akar, nan berlambai pucuk. (seluk = lilit, belit; lambai = berayun-ayun turun naik.) | Kaum keluarga itu sekalipun sudah berjauhan tetapi perhubungan masih tetap ada. |
Nan dekat panggilan tiba, nan jauh kulangsing lepas. (kulangsing = sirih pemanggil.) | Adat panggil memanggil; yang dekat dipanggil dengan mulut, yang jauh-jauh dikirimi surat. |
Nan dimaksud sampai, nan diamal pecah. | Sudah tercapai apa-apa yang dicita-citakan. (amal = idaman, cita-cita.) |
Nan lurah (= rendah) juga diturut air. | Orang yang kaya juga yang bertambah-tambah kekayaannya. |
Nan pekak pelepas bedil, nan buta pengembus lesung, nan bisu penggera ayam, nan lumpur penghuni rumah. | Tiap-tiap orang itu ada dengan gunanya; simbol persatupaduan yang kukuh. (penggera = orang yang menyergah, menggertak.) |
Nasi basi penolak nafsu. | Putus kasih oleh sebab telah lama atau kerana perselisihan; orang tua yang melarat hidupnya. |
Nasi basi penolak nafsu. | Putus kasih oleh sebab telah lama atau kerana perselisihan; orang tua yang melarat hidupnya. |
Nasi disaji pula digaduhkan, padi di ladang dilanyak gajah tidak disusahkan. | Belanja yang sedikit yang digaduhkan, sedangkan belanja yang besar tidak dihiraukan. |
Nasi habis budi bersua. | Sahabat yang sudah kentara budi pekertinya yang kurang baik; baru teringat akan sahabat setelah dalam kesusahan. |
Nasi masak periuk pecah. | Hukuman yang sudah putus tak dapat dibanding (diapel) lagi. |
Nasi sama ditanak, kerak dimakan seorang. | Kerja sama-sama dilakukan, keuntungan diambil seorang diri. |
Nasi sedap gulai mentah, gulai sedap nasi mentah. | Pekerjaan yang tidak sempurna. |
Nasi sudah menjadi bubur. | Sudah terlanjur, tak dapat diubah lagi. |
Nasi tak dingin, pinggan tak retak. | Cermat melakukan sesuatu pekerjaan. |
Nasi tersaji di lutut. | Keuntungan yang diperoleh dengan mudah. |
Nasi tersenduk tidak termakan. | Tidak dapat merasainya, meskipun sudah diperoleh; belum menjadi rezeki. |
Nasib penyapu, banyak jasa turun darjat. | Terlalu banyak membuat kebajikan sehingga merosakkan diri sendiri. |
Negeri besar, rumah besar, berapa pun panjang perian takkan terantuk. | Orang kaya yang murah hati, biarpun banyak orang yang meminta pertolongan tiadalah ia akan jadi miskin. |
Neraca berbatu intan. | Hukuman yang seadil-adilnya. |
Neraca palingan Allah, mata palingan setan. | Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. |
Neraca palingan bungkal, hati palingan Tuhan. | Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. |
Neraca yang palingan, bungkal yang piawai. | Hakim yang sangat adil. (piawai = pandai, cakap.) |
Niat di hati hendak memeluk gunung, sudah terpeluk biawak celaka (= sial). | Berhajat kepada sesuatu yang baik, tiba-tiba yang buruk pula diperoleh. |
Niat hati hendak memancing ikan, tak mahu membuang umpan. | Mahu mendapat keuntungan tetapi tidak mahu berugi. |
Niat hati hendak memancing temenung, sudah terpancing ikan setoka. | Lain yang dihajati, lain yang diperoleh. |
Niat hati nak getah bayan, sudah tergetah burung serindit. | Lain yang dihajati, lain yang diperoleh. |
Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai. | Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. |
Nibung bangsai bertaruk muda. (bangsai = rapuh dan buruk.) | Orang tua yang berlagak muda. |
Nikah maharaja bumi (= Boma). | Nikah tanpa belanja. |
Nyamuk lepas pijat-pijat kena pirik. | Mendapat celaka kerana kesalahan orang lain. (pirik = memipis, menumbuk lumat-lumat.) |
Nyamuk mati, gatal tak lepas. | Menaruh dendam kepada orang yang berbuat jahat, meskipun yang jahat itu sudah dihukum. |
Nyawa bergantung di hujung kuku (= rambut). | Dalam keadaan yang sangat berbahaya. |
Nyiur setandan tetapi berlain-lain jadinya. | Walaupun anak-anak itu daripada seibu sebapa tetapi tabiatnya jauh berbeza. |
O
Peribahasa | Maknanya |
---|---|
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. | Setiap bantuan orang hendaklah kita kenangi. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan