Peribahasa | Maknanya |
---|---|
Mabuk di enggang lalu. | Sangat tertarik hatinya kepada orang yang belum dikenal. |
Mabuk kerana beruk berayun. | Gilakan wanita cantik yang tak mungkin didapat; asyik melihat sesuatu yang tidak berguna. |
Macam anak dara tak datang tunangnya. | Selalu membengkalaikan pekerjaan; membuat kerja tidak pernah siap; terlalu lambat. |
Macam betung seruas. | Terlalu jujur; lurus hati. |
Macam daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah. | Orang bodoh yang banyak bualnya. |
Macam kepiting jalan. | Orang yang berjalan miring. |
Macam kera kelaparan. | Orang tua yang bibirnya selalu berkomat-kamit. |
Macam kikir besi. | Orang kaya yang bakhil. |
Macam memegang tali layang-layang. | Orang yang berkuasa dalam penghidupan orang perseorangan ataupun orang banyak. |
Macam orang biduk. | Orang yang makan dan minum bersama-sama tetapi bayar sendiri-sendiri. |
Macam terambil di nan kurang. | Berdukacita tanpa sesuatu sebab. (di nan = pada yang.) |
Macam timun dengan durian: menggelek luka, kena gelek pun luka. | Perlawanan yang tidak seimbang (orang kecil melawan orang yang berkuasa). |
Macam ular kekenyangan. | Orang yang buncit perutnya sehingga berjalannya pun sudah tidak betul lagi. |
Madu satu tong jika rembes; rembesnya madu juga. | Jika asalnya naik, maka turunannya pun baik juga. (rembes = meresap keluar.) |
Mahal dibeli sukar dicari. | Sesuatu yang amat susah diperoleh. |
Mahal imam murahlah kitab; mahal demam murah sakit. | Sungguhpun orang tidak suka akan penyakit tetapi jaranglah ada orang yang dapat mengelakkannya. |
Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta. | Sesuatu yang amat susah diperoleh. |
Main air basah, main api letur, main pisaui luka. | Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya. |
Main akal (= budi). | Mengenakan tipu daya. |
Main badar, main gerundang. | Hendak meniru-niru perbuatan orang besar-besar akhirnya diri sendiri juga yang binasa. |
Majlis di tepi air, merdesa di perut kenyang. (majlis = bersih; merdesa = orang pemilih makanan.) | Orang yang berada dengan mudah dapat memilih apa yang diingininya. |
Makan bersabitkan. | Mendapat makan dan minum tanpa bekerja. |
Makan bubur panas-panas. | Bertindak dengan tergesa-gesa, akhirnya mengecewakan. |
Makan di luar berak di dalam. | Mengkhianati tempat mendapat perlindungan. |
Makan hati, berulam jantung. | Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati. |
Makan keringat orang. | Mengecap kesenangan dengan jalan memeras orang lain. |
Makan masak mentah. | Orang yang tidak menghiraukan halal atau haram. |
Makan nasi kawah. | Hidup memburuh; dalam peliharaan orang tua. |
Makan nasi suap-suapan, tetapi menyambut puan kosong. | Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi. |
Makan upas berulam racun. | Senantiasa hidup dalam kesusahan. (upas = racun.) |
Makanan enggang hendak dimakan oleh pipit. | Hendak menyama-nyamai kebiasaan orang yang mulia atau kaya. |
Makin banyak orang, makin banyak niat. | Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya. |
Makin murah, makin menawar. | Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta. |
Maksud bagai maksud manau. | Maksud yang melebihi kesanggupan. |
Maksud hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai. | Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. |
Malam berselimut embun, siang bertudung awan. | Sangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga. |
Malang celaka Raja Genggang, tuak terbeli tunjang hilang. | Nasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula hilang. (tuak = nira yang diberi beragi; tunjang = kaki.) |
Malang Pak Kaduk, ayamnya menang kampung tergadai. | Orang yang benar-benar malang nasibnya, segala sesuatu yang dimilikinya habis belaka. |
Malang tak berbau. | Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba. |
Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih. | Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. |
Malang tiada datang tunggal. | Malang yang bertimpa-timpa. |
Malas bergarit, perut perit. | Malas berusaha tentulah kelaparan. (garit = gerak, perit = pedih.) |
Malu berani, mati takut. | Pengecut. |
Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung (= berkayuh) perahu hanyut. | Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. |
Malu makan, perut lapar. | Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. |
Malu, kalau (= jikalau) anak harimau menjadi anak kambing. | Tidak patut anak orang baik-baik menjadi bodoh; atau anak orang berani menjadi penakut. |
Mamah dulu kemudian telan. | Sesuatu pekerjaan itu hendaklah dilakukan menurut peraturannya. |
Mana ada buluh tidak berbuku? | Tak ada sesuatu yang sempurna benar. |
Mana busuk yang tidak berbau? | Tak ada kejahatan yang dapat disembunyikan selama-lamanya. |
Mana kerbau yang bencikan kubangnya? | Orang yang biasa berbuat jahat tak dapat melupakan tempat ia bersuka ria. |
Mana sungai yang tiada berhulu? | Mana kaum atau puak yang tidak ada asal keturunannya? |
Mana tali berpunca tak berhujung? | Siapakah yang tidak akan menghadapi mati? |
Mandi dalam cupak. | Sesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah. |
Mandi di telaga di tepi jalan, bersunting bunga tahi ayam. | Orang lelaki yang suka kepada perempuan jahat. |
Mandi tak basah. | Orang yang keras hati; terlalu rindu. |
Manikam selalu juga didapati di dalam lipatan kain buruk yang robek. | Pengetahuan (kepandaian) selalu juga terdapat dalam kalangan orang miskin dan hina. |
Manikam sudah menjadi sekam. | Tidak berguna lagi; tidak berharga lagi. |
Manis bagai gula Jawa. | Persesuaian dalam segenap hal-ehwal. |
Manis laksana gula Sarawak. | Persesuaian dalam segenap hal-ehwal. |
Manis seperti (= laksana) gula derawa. | Dua orang suami isteri yang sama-sama elok rupa parasnya. (gula derawa = air gula.) |
Manis udang, maka ketam direbus tak merah? | Menipu dengan mengubah-ubahkan perangai, kelakuan atau rupanya. |
Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa. | Manusia hanya boleh berharap, tetapi Tuhan berkuasa berbuat sesuatu yang dikehendakinya. |
Manusia tahan kias, binatang tahan palu. | Mengajar manusia dengan sindiran, mengajar binatang dengan pukulan. |
Manusia tertarik oleh tanah airnya, anjing tertarik oleh piringnya. | Orang yang berakal jauh pandangannya, orang yang bodoh hanya kepentingan dirinya sajalah yang diperlukan. |
Mara hinggap mara terbang, mara bergesel sambil lalu, enggang lalu ranting patah. | Tidak bersalah tetapi ikut terlibat dalam sesuatu kesalahan. |
Mara jangan dipikat (= dipukat), rezeki jangan ditolak. | Bahaya jangan dicari-cari, rezeki meskipun sedikit haruslah diterima dengan syukur. |
Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah. | Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan. |
Marahkan telaga yang kering, timba dipecahkan. | Jikalau seseorang itu tidak dapat menolong, mintalah pertolongan daripada orang lain pula. |
Marahkan tikus rengkiang dibakar. | Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan. |
Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi [[buluh|aur]]. | Masa kecillah diajar dan dididik, jangan ditunggu sampai sudah besar. |
Masak di luar mentah di dalam. | Kelihatannya baik tetapi di dalam atau keadaan yang sebenarnya jahat. |
Masak durian, masak manggis. | Perbandingan antara lelaki yang tidak dapat menyembunyikan rahsia hatinya dengan perempuan yang dapat menyembunyikan rahsianya sehingga tiada diketahui orang. |
Masak malam mentah pagi (= siang). | Perkara yang sudah selesai, tetapi tak lama kemudian berubah pula. |
Masam bagai nikah tak suka. | Berdukacita. (masam = merengus, bersut.) |
Masih berbau pupuk jerangau. | Belum ada pengalaman. |
Masin lagilah garam sendiri. | Sanak-saudara atau kaum kerabat lebih dipentingkan daripada orang lain. |
Masuk ambung tak masuk bilang. | Masuk ke dalam majlis yang besar-besar tetapi tidak termasuk bilangan (kerana hina atau hodoh). |
Masuk bagai (= sebesar) lubang penjahit, keluar bagai (= sebesar) lubang tabuh. | Besar belanja daripada penghasilan. |
Masuk di dalam kawan gajah berdering. | Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan. (berdering = bunyi genta.) |
Masuk geronggang bawa pelita. | Kalau akan membuat sesuatu pekerjaan yang tidak diketahui, hendaklah ditanya atau diminta pimpinan daripada orang yang ahli. geronggang = rongga di dalam batu atau kayu, gua gelap.) |
Masuk ke dalam kandang [[kambing]] mengembik, masuk ke dalam kandang kerbaumenguak. | Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan. |
Masuk ke kampung orang bawa ayam betina, jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak, duduk di tapak tangga, mandi di hilir orang, berdiri di luar-luar gelanggang. | Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri. |
Masuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang. | Jika pergi merantau ke negeri asing hendaklah mencari sesuatu yang berguna (harta, ilmu pengetahuan dan sebagainya), jangan membuang-buang waktu dengan percuma. |
Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri. | Nasihat atau pelajaran yang tidak dimasukkan ke dalam ingatan. |
Masuk langau ke mulutnya. | Terhairan-hairan, sehingga mulutnya ternganga-nganga. |
Masuk lima keluar sepuluh. | Besar belanja daripada penghasilan. |
Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh. | Besar belanja daripada penghasilan. |
Masuk sarang harimau. | Termasuk ke dalam bahaya besar. |
Masuk tak genap, keluar tak ganjil. | Orang yang tidak berharga dalam masyarakat. |
Jumaat, 31 Ogos 2012
Peribahasa bermula dengan huruf "M"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan