Jumaat, 31 Ogos 2012

Hari Kebangsaan Malaysia

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dibawa menyaksikan perbarisan ketika Hari Kebangsaan Tanah Melayu 1958


Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511
Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.
 Pada 31 Ogos2007, Malaysia telah menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke-50.
Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. 
Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.
Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya
Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. 
Jalur Gemilang

Hari kebangsaan merupakan hari cuti am di Malaysia.

Tema
Berikut merupakan tema-tema Hari Kebangsaan dari tahun 1970 sehingga kini.
TahunTema
1970Muhibah dan Perpaduan
1971Masyarakat Progresif
1972Masyarakat Adil
1973Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1974Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975Masyarakat Berdikari
1976Ketahanan Rakyat
197720 Tahun Bersatu Maju
1978Kebudayaan Seni Perpaduan
1979Bersatu Berdisiplin
1980Berdisiplin Berbakti
1981Berdisiplin Berharmoni
1982Berdisiplin Giat Maju
1983Bersama ke Arah Kemajuan
1984Amanah Asas Kejayaan
1985Nasionalisme Teras Perpaduan
1986Bangsa Tegas Negara Teguh
1987Setia Bersatu Berusaha Maju
1988-1989Bersatu
1990Berjaya
1991Wawasan 2020
1992Wawasan Asas Kejayaan
1993Bersatu Menuju Wawasan
1994Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995Jatidiri Penggerak Wawasan
1996Budaya Penentu Kecapaian
1997Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1998Negara Kita Tanggungjawab Kita
1999Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006Keranamu Malaysia
2007Malaysiaku Gemilang
2008Perpaduan Teras Kejayaan
20091Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
20101Malaysia Menjana Tranformasi
20111Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.
20121Malaysia. Janji Ditepati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan