Jumaat, 31 Ogos 2012

Rumah Panjang


Dalam bidang arkeologi dan antropologirumah panjang merupakan sejenis bangunan kediaman yang terdiri daripada satu bilik yang panjang. Kebanyakannya dibuat dari kayu dan merupakan bentuk binaan tetap yang awal dalam banyak budaya. Beberapa keluarga akan tinggal bersama di rumah panjang ini.


Rumah panjang di Eropah


Rumah panjang terdapat di pelbagai tempat di seluruh dunia, termasuknya AsiaEropah, dan Amerika Syarikat. Dua jenis rumah panjang Eropah yang kini telah pupus ialah:
  • Jenis neolitik Danube (Bandkeramik) yang diperkenalkan oleh petani-petani yang pertama di Eropah tengah dan barat sekitar 5000 S.M..
  • Rumah panjang penternak lembu Germanik yang termuncul disepanjang pantai barat daya Laut Utara pada abad ke-3 S.M. ataupun abad ke-4 S.M. dan mungkin merupakan perintis untuk sesebahagian jenis rumah Zaman Pertengahan, seperti Langhus Scandinavia, dan kelainan rumah panjang InggerisWales dan Scotland, serta "FachhallenhausJerman dan Belanda.
Jenis rumah panjang Zaman Pertengahan di Eropah yang masih wujud termasuknya:
  • langhus Skandinavia ataupun Viking
  • kelainan England barat daya di Dartmoor dan Wales
  • jenis England barat laut di Cumbria
  • "taighean dubha" ("blackhouse"), iaitu rumah panjang Scotland.


Replika untuk rumah panjang di Trelleborg, Slagelse. Bentuk rumah ini hanyalah tekaan kerana hanya asas bangunannya ditemui.



Rumah panjang orang asli Malaysia

Rumah panjang kaum Iban di bahagian Kapit
Jenis rumah panjang orang asli Malaysia Timurbiasanya mempunyai bilik-bilik tambahan. Di sebelah depannya ialah serambi dan di sebelah belakangnya pula ialah bahagian dapur.
Rumah panjang itu didirikan dengan bertiang tinggi supaya ia tidak terjejas oleh air bah (banjir). Pada zaman dahulu, ini juga merupakan satu cara untuk melindungkan rumah daripada diserang oleh musuh. Untuk masuk ke rumah itu, seseorang terpaksa menaikinya melalui tangga-tangga yang dibuat dari batang kayu.



Rumah panjang Sarawak

Pada 9 Oktober 2009, kerajaan negeri Sarawak berhasrat memberi nilai dan gaya baru kepada rumah panjang Sarawak tanpa mengorbankan ciri-ciri unik rumah panjang.Menteri Perumahan negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menyatakan seminar rumah panjang diadakan bagi mendapatkan pelbagai input daripada pemimpin masyarakat IbanBidayuh dan Orang Ulu . Hak milik strata bagi setiap bilik akan dikeluarkan dan dengan itu dapat digunakan sebagai cagaran apabila memohon pinjaman. Insuran rumah juga dapat dikeluarkan demi keselamatan rumah. Biasanya rumah panjang mempunyai 10 dan 20 bilik . Setiap rumah panjang mempunyai "ruai" iaitu ruang bilik bersama yang terletak di bahagian hadapan rumah itu di mana kebanyakkkan aktiviti diadakan di tempat itu.


Arkitek daripada kaum Iban akan memastikan tidak menghapuskan hak "tuai rumah" yang menjadi ketua bagi setiap rumah panjang. Hak pentadbiran mereka akan dikekalkan. Di kampung tradisional Melayu , ketua kampung menjadi penghulu bagi kampung berkenaan.Reka bentuk baru itu mungkin sama seperti konsep sebuah lot kedai dengan kaki limanya tetapi masih mengekalkan reka bentuk rumah panjang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan