Berikut ialah senarai peribahasa yang bermula dengan huruf "R".
Peribahasa | Maknanya |
---|---|
Rebung tidak jauh dari rumpun. | Perangai anaknya tidak jauh dari perangai bapanya. |
Rebung tidak miang, bembam pula yang miang. | Orang yang bersangkutan berdiam diri orang lain yang campur tangan. |
Retak-retak mentimun. | Retak halus yang hanya di luar sahaja. |
Retak menanti belah. | Perkara kecil yang akan menjadi besar tinggal menanti petaka yang lebih besar lagi. |
Retak kayu boleh disimpan, retak pinggan susah hilangnya. | Perselisihan kecil boleh didamaikan tetapi perselisihan besar sukar dilupakan. |
Rezeki harimau. | Makanan yang banyak dan berjenis-jenis. |
Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. | Jika beroleh sebarang keuntungan jangan dibuang dan jangan mencari lawan. |
Rezeki mata. | Sesuatu perkara yang sedap dipandang. |
Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. | Bersama-sama dalam suka dan duka. (Bergotong-royong dalam mengerjakan sesuatu perkara.) |
Ringan tulang, berat perut. | Siapa yang rajin bekerja dia akan mendapat rezeki yang lebih. |
Rumah buruk disapu cat. | Orang tua yang suka bersolek. |
Rumah gendang bersendi perak. | Orang bangsawan dan kaya pula. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan