Jumaat, 31 Ogos 2012

Kata Sifat


Adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masihlebat lagi.
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.




Jenis jenis kata adjektif

Kata adjektif terbahagi kepada 9 subgolongan:

sifat

menerangkan sifat keadaan atau seseorang
contoh: baharu (new), baik, cerdik, berani, lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat, tercantik

warna

contoh: merah, jingga, ungu, putih, hitam, kuning langsat

ukuran

contoh: pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, ternipis

bentuk

contoh: bujur, lurus

waktu

contoh: lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam

jarak

contoh: dekat, hampir, jauh

cara

contoh: selalu, jarang, kadang kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah

pancaindera

  • rasa: sedap, lazat, manis, pahit, lemak, pedas, payau, masam,masin,
  • pandang: buruk, hodoh, jelita, cantik, tampan
  • dengar:bising, sunyi, senyap
  • bau: busuk, wangi, hangit, hapak
  • sentuh: kesat, kasar, lembab, halus, licin

perasaan

contoh: takut, seram, benci, rindu, marah, senang, sayang, gembira

Pangkat pangkat adjektif

Pangkat pangkat atau tahap adjektif ada empat:

Pangkat biasa

Ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa. Contoh:
  • Baju dia cantik.
  • Buah betik itu manis.

Pangkat perbandingan

Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang. Contoh:
  • Tenaganya sekuat Badang.
  • Buah jambu itu semanis gula.

Pangkat menyangat

Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya. Contoh:
  • Cuaca hari ini sangat mendung.
  • Buah rambutan ini terlalu masak.

Pangkat penghabisan

Ia menerangkan adjektif paling atau penghabisan. Contoh:










Tiada ulasan:

Catat Ulasan