Jumaat, 31 Ogos 2012

Buah - Buahan


Dalam bidang pertanianbuah merupakan ovari yang telah masak, bersama-sama dengan bijinya dari sesebuah pokokyang berbunga
Namun, apabila berkata tentang buah, dari segi masakan, yang dimaksudkan dengan buah ialah hasil daripada pokok-pokok yang boleh dimakan begitu sahaja. 
Akan tetapi, sebahagian daripada buah-buahan juga kadangkala boleh dianggap sebagai sayur-sayuran.
Kebanyakan buah mengandungi air
Buah juga mempunyai serat makanan pada kulit, benih, dan bagian berserat. 
Biasanya buah juga mengandung besi dan gula, serta sedikit protein dan lemak.

Buah Rambutan

Khasiat

Khasiat buah-buahan adalah berbeza berdasarkan faktor-faktor berikut:
  • Jenis buah, bukan sahaja dari segi spesies tetapi juga pada peringkat kultivar atau varieti.
  • Kesegaran buah.
  • Buah muda, ranum atau terlalu ranum.
  • Baja atau nutrien yang terdapat di dalam tanah di sekitar akar pokok.
  • Keadaan cuaca, sama ada mencukupi atau tidak mencukupi keperluan pokok.


Pelbagai jenis buah-buahan

Cara penyediaan buah:
  • Dimakan segar atau mentah.
  • Dimakan bersama kulit atau tidak.
  • Jangka masa buah dimakan; dibiarkan dahulu atau terus dimakan setelah dikupas.
  • Jika dibuat jus segar, perlu dikenal pasti sama ada jus diminum terus atau disimpan berjam-jam di dalam peti sejuk sebelum diminum.
  • Jika bukan buah segar, perlu dikenal pasti cara penyediaan, berapa lama disimpan serta keadaan di sekeliling tempat simpanan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan