Jumaat, 31 Ogos 2012

Peribahasa bermula dengan huruf "S"



Berikut ialah senarai peribahasa yang bermula dengan huruf "S".
PeribahasaMaknanya
Salai tidak berapi.Perempuan hamil yang ditinggalkan suaminya.
Sauk air mandikan diri.Orang yang hidup di atas usaha sendiri.
Sayang buah kepayang dimakan mabuk dibuang sayang.Sesuatu keadaan yang dalam serba salah.
Sebab mutiara sebiji, lautan dalam diselam orang.Orang yang berilmu itu biar di mana pun ia tinggal tetap dicari orang.
Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.Kecelakaan yang timbul akibat terlepas cakap.
Sebab nila setitik rosak susu sebelanga.Kerana kejahatan yang sedikit semua kebaikan menjadi rosak.
Sebelum ajal berpantang maut.Tidak akan mati sebelum tiba ajalnya.
Seberapa panjang sarungnya begitulah panjang matanya.Perangai yang baik atau jahat menunjukkan sedikit atau banyak ilmu seseorang.
Selimat kain tiga hasta, ditarik ke atas bawah terbuka, ditarik ke bawah atas pula terbuka.Sesuatu yang tidak mencukupi untuk keperluan. Sulit untuk mengaturkanya.
Seludang menolak mayang.Telah kelihatan isi hatinya.
Senjata makan tuan.Sesuatu yang dipergunakan untuk alasannya tetapi mengena dirinya sendiri.
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.Seseorang yang hebat dalam sesuatu perkara tetap ada kelemahannya.
Seperti anai-anai makan kayu.Mengerjakan sesuatu perkara dengan begitu tekun sekali.
Seperti anjing bertemu pasir.Orang yang telah menjumpai barang kesukaanya.
Seperti api dengan asap.Pertalian yang tidak dapat diputuskan.
Seperti api di dalam sekam.Perasaan dendam yang tersembunyi.
Seperti bangsi buluh perindu.Suara yang merdu dan lemah lembut.
Seperti benang putih.Orang yang menurut tanpa membantah.
Seperti emas baru disepuh.Kecantikan rupa paras seorang wanita.
Seperti ikan kena tuba.Orang yang tidak berdaya lagi.
Seperti kucing dapat tikus.Orang yang tidak tahu duduk diam.
Seperti tikus jatuh ke beras.Orang yang terlalu gembira.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.Hendaklah berfikir semasak-masaknya sebelum membuat sesuatu keputusan.
Siapa yang makan nangka dia yang terkena getahnya.Siapa yang bersalah orang itu yang harus dihukum.
Sirih pulang ke gagang.Kembali ke tempat asalnya.
Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.Orang yang berpura-pura tidak tahu.
Sukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya.Sukakan sesuatu kerana faedah yang diperolehi darinya.
Sungguhpun lemak santan akhirnya basi jua.Orang muda yang cantik itu akhirnya akan tua juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan