Peribahasa | Maknanya |
---|---|
Kaduk kena baja. | Orang yang tidak berguna, tetapi amat lama hidupnya. |
Kaduk naik junjung. | Orang hina merasa dirinya mulia. |
Kain basah kering di pinggang. | Sangat miskin. |
Kain dalam acar dikutip dicuci, hendak masuk ke longkang juga. (acar = tempat membuang kotoran; longkang = limbahan; selokan.) | Orang yang bertabiat jahat walaupun diperbaiki, sekali-sekala akan berbuat jahat juga. |
Kain dalam lipatan. | Perempuan yang melakukan kejahatan di dalam diam-diam. |
Kain dibakar tiada berbau. | Kemiskinan yang amat sangat. |
Kain ditangkap maka duduk. | Kemiskinan yang amat sangat. |
Kain jadi basahan. | Jatuh melarat. |
Kain kasah di atas duri. (kasah (kasa) = kain putih yang halus.) | Dalam sikratulmaut. |
Kain lama dicampak buang, kain baru pula dicari. | Menceraikan isteri kerana sudah jemu, kemudian beristeri lain pula; buang kawan lama cari kawan baru. |
Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai. | Serba tak cukup (miskin). |
Kain pendinding miang, wang pendinding malu. | Segala sesuatu hendaklah digunakan pada tempatnya, supaya dapat mengambil faedah daripada benda-benda itu. |
Kain rabak tegal dek lenggang awak, baju rabik tegal dek lenggok awak, kopiah pesuk tegal dek lonjak awak. (rabak = koyak panjang atau lebar; rabik = sobek di tepi, cabik-cabik; pesuk = lekuk.) | Orang yang suka bermegah-megah akhirnya mencelakakan dan merugikan diri sendiri. |
Kain sehelai berganti-ganti. | Suami isteri yang miskin. |
Kain sehelai peminggang habis. (peminggang = lambung perahu.) | Mengalami kerugian atau kecurian. |
Kain sehelai sepinggang habis. | Mengalami kerugian atau kecurian. |
Kain tak bertepi. | Kemiskinan yang amat sangat. |
Kain tersangkut kain tinggal. | Tergesa-gesa melarikan diri. |
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. | Orang miskin yang harus bekerja setiap masa. |
Kaki naik, kepala turun. | Bekerja tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk. |
Kaki pekuk lenggang ke perut. (pekuk = bengkok.) | Orang yang buruk dan bodoh. |
Kaki sudah terlangkahkan, tangan sudah terjembakan. | Telah terlanjur. |
Kaki terdorong badan merasa; lidah terdorong emas padahnya. | Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya. |
Kaki tertarung inai padahannya, mulut terdorong emas padahannya. | Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya. |
Kaki untut dipakaikan gelang. | Maksudnya hendak memperelok, tetapi semakin buruk jadinya. |
Kalah jadi abu, menang jadi arang. | Kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tak akan menguntungkan kepada pihak mana pun juga. |
Kalau ada asap, tentu ada api. | Tiap-tiap sesuatu ada asal mulanya. |
Kalau ada beremas, hidup; tiada beremas, mati. | Akan senanglah hidup seseorang kalau ada pencariannya yang tetap. |
Kalau alang-kepalang biarlah jangan. | Melakukan sesuatu pekerjaan biarlah sampai selesai. |
Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga. | Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. |
Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau. | Yang baik itu biar di mana pun tempatnya akan tetap baik juga. |
Kalau baik buat tauladan (teladan), kalau tak baik buat sempadan. | Ambillah yang baik dan buangkan yang jahat. |
Kalau baik disebut orang; kalau jahat, jahatlah. | Perbuatan yang baik akan disebut baik, perbuatan yang jahat akan disebut jahat. |
Kalau bangkai galikan kuburnya, kalau hidup sediakan buaiannya. | Pertimbangan tentang buruk baiknya sesuatu itu hendaklah diperbuat sesudah kejadiannya berlaku. |
Kalau bersahabat cari sama babat. (babat = pasang, suku, golongan.) | Pilihlah kawan daripada golongan sendiri. |
Kalau bertangkai boleh dijinjingkan. | Bukti yang dapat dipakai sebagai punca sesuatu penyelidikan. |
Kalau bertunas diganggut kambing. (ganggut = ragut, renggut.) | Nasib yang malang. |
Kalau boros lekas kerugian. | Pendapatan yang sedikit kalau diboroskan tentulah menyusahkan akhirnya. |
Kalau bukan rezeki, di mulut lari ke luar. | Rezeki (harta) yang belum dapat ditentukan. |
Kalau bunga bukan (= tidak) sekuntum. | Lelaki ataupun perempuan bukan seorang di atas dunia ini. |
Kalau di bawah melompat, kalau di atas menyusup. | Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan setempat. |
Kalau dibalun sebalun kuku, kalau digumpal segumpal tanah. | Alam rohani yang tak terbatas. |
Kalau dicampak bunga takkan dibalas tahi. | Biasanya sesuatu pertolongan kepada seseorang itu jarang akan dibalas dengan kejahatan. |
Kalau digali tanah berbingkah, tanah berderai yang akan bertemu. | Sesuatu perselisihan dalam kalangan keluarga, usahlah dicari siapa yang benar dan siapa yang salah, tetapi carilah jalan untuk menyelesaikannya dengan baik. |
Kalau dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersuara. | Jawab yang benar dan tepat. |
Kalau dipujuk makin menyebal, kalau dimarah baru tertawa. | Kelakuan yang tidak ada tempatnya; sifat yang sangat bertentangan. |
Kalau gajah hendaklah dipandang gadingnya, kalau harimau hendaklah dipandang belangnya. | Hendaklah diusul periksa dengan saksama tentang sesuatu perkara itu sebelum dibuat kesimpulan. |
Kalau getah meleleh, kalau daun melayang. | Dalam keadaan sulit sanak saudara akan tetap berdekatan dengan kita, tetapi orang lain akan meninggalkan kita. |
Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari. | Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. |
Kalau ibu kaya anak jadi puteri, kalau anak kaya ibu jadi budak. | Perbezaan antara kesayangan ibu dengan kesayangan anak. |
Kalau kahwin ke Batubara, kalau mati ke Melaka. | Perihal orang yang mencari yang enak dan senang saja. |
Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. | Jika pengetahuan hanya sedikit saja, janganlah hendak melawan orang-orang yang lebih banyak pengetahuannya. |
Kalau kena tampar biarlah dengan tangan yang pakai cincin, kalau kena tendang biarlah dengan kaki yang pakai kasut. | Kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, jangan dianiaya oleh orang-orang kecil dan tak tahu apa-apa. |
Kalau kerbau sekawan dapat dikawali, manusia seorang tiada dapat dimaklumi. | Sangatlah sukar untuk menghadapi manusia kerana tiap-tiap orang berlainan pendapatnya. |
Kalau kubuka tempayan budu, barulah tahu. (budu = pekasam ikan kecil-kecil.) | Kalau dibuka rahsianya, tentu mendapat malu. |
Kalau kucing keluar tanduk barulah ayam boleh bersusu. | Perkara yang mustahil. |
Kalau kucing tiada bermisai, takkan ditakuti tikus lagi. | Orang besar yang sudah dipecat dari jabatannya tiada disegani orang lagi. |
Kalau kumbang bukan seekor, kalau bunga bukan sekaki. | Lelaki ataupun perempuan bukan seorang di atas dunia ini. |
Kalau laba bercikun-cikun, buruk diberitahu orang. | Bila beroleh kesenangan, diam saja; tetapi bila menderita susah berkeluh kesah atau minta tolong pada orang lain. bercikun-cikun = bersembunyi-sembunyi. |
Kalau langit hendak menimpa bumi, bolehkah ditahan dengan telunjuk. | Orang kecil tidak dapat mengelakkan diri daripada perintah orang besar-besar. |
Kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh ibunya, tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil. | Kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, jangan dianiaya oleh orang-orang kecil dan tak tahu apa-apa. |
Kalau pandai makan, pandai simpan. | Pandai menyimpan rahsia. |
Kalau pandai mencencang akar, mati lalu ke pucuknya. | Orang yang pandai dapat mengalahkan musuhnya hanya dengan sekali pukul saja. |
Kalau pandai menggulai, badar pun menjadi tenggiri. | Sekalipun kurang alat perkakasnya, tetapi kalau orang pandai maka dapat juga ia mengerjakan sesuatu itu dengan sebaik-baiknya. |
Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang. | Orang yang pandai membawa diri, tentulah selamat hidupnya. |
Kalau panjang beri beruas, kalau pendek beri berbuku. | Sesuatu pekerjaan itu hendaklah dikerjakan menurut aturannya yang semestinya. |
Kalau sama tinggi kayu di rimba, di mana angin akan lalu. | Kalau sekalian manusia sama tinggi pangkatnya, nescaya sukarlah hidup ini jadinya. |
Kalau seperti kundur labu, boleh dibelah. (kundur = labu besar.) | Untuk menyatakan kebenaran sesuatu perkara. |
Kalau sesangkar sekalipun, yang bayan itu bayan juga; serindit, serindit juga. | Manusia itu tetap berbeza, sekalipun berasal daripada satu keluarga. |
Kalau Si Tua (harimau) menunjukkan belangnya, 'lah tentu kambingbertanggungan. (bertanggungan = menderita.) | Orang yang lemah berhadapan dengan orang yang kuat, tentu akan kalah akhirnya. |
Kalau sumpit tak berisi, mana boleh ditegakkan. | Kalau perut tidak diisi tentu tidak dapat melakukan pekerjaan. |
Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. | Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya. |
Kalau tak ada api, masakan ada asap. | Jika tidak bersalah masakan dituduh orang. |
Kalau tak ada berlela, baiklah mereka. (mereka = mencari akal.) | Jika tak ada daya upaya maka terimalah nasib. |
Kalau tak ada kulit bercerailah (= rerak) tulang. (rerak = rosak berpisah-pisah, berantakan.) | Orang yang sangat kurus. |
Kalau tak berduit (= berwang), ke mana pergi tercuit-cuit (= terbuang). | Orang yang tidak berwang selalu melarat hidupnya. |
Kalau tak bermeriam, baiklah diam. | Orang yang miskin dan lemah tidak usahlah banyak berangan-angan. |
Kalau tak pandai menggelamai, bercirit kambinglah kelak, dikunyah patah gigi, ditelan sembelit. . (gelamai = dodol, kuih; cirit = biji-biji kecil dan keras yang terjadi kerana kurang jaga waktu mengacau dodol itu; cirit kambing = tahi kambing.) | Sesuatu pekerjaan kalau dikerjakan oleh orang yang tidak tahu, nescaya akan rosaklah pekerjaan itu |
Kalau tak sir berdegak, sir melayang. (tak sir = tak indah, tak mahu (Kelantan); berdegak = bunyi seperti menelan air atau bunyi jantung.) | Jika barang yang diinginkan tidak diperolehi maka hilanglah daya upaya. |
Kalau tak takut akan mati, tak sedunia perang; kalau tak takut akan alah, tak sedunia sabung. | Berperang dan menyabung merupakan pekerjaan yang amat berbahaya tetapi digemari orang. |
Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai (= laut). | Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. |
Kalau tiada emas sepiak, kerja di mana boleh jadi. (sepiak = seketip, sedikit.) | Orang yang miskin dan lemah tentulah tidak berdaya untuk memenuhi maksud hatinya. |
Kalau tiada padi sebarang kerja tak jadi. | Kalau tidak ada pencarian yang tetap, maka kehidupan menjadi susah. |
Kalau tidak ada senapang, baik berjalan lapang. | Jika tiada bersenjata atau bertenaga baiklah mengalah. |
Kali sebentuk, umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut. | Berbuat sesuatu tidak dengan memikirkan bekalan, modal dan sebagainya sehingga akhirnya mendapat kesusahan dan kecewa. |
Kalis bagai air di daun keladi. (kalis = tidak berbekas.) | Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. |
Kambing di parak panjang janggutnya, hati enggan banyak jawabnya. | Orang yang enggan bila disuruh, banyaklah helah dan dalih untuk melepaskan dirinya. |
Kambing menyusui anak harimau, besar dia dipatahkan tengkuknya. | Akibat yang akan diterima kalau menolong orang jahat dalam kesusahan. |
Kapak menelan beliung. | Yang baik ditukar dengan yang buruk. |
Kapak tak boleh membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya. | Penganiayaan itu berlaku kerana ada orang yang menjadi biang keladinya. |
Kapal besar ditunda jongkong. | Orang yang berkuasa menurut perintah orang bawahan. |
Kapal satu nakhoda dua. | Suatu pekerjaan yang dikepalai dua orang, alamatlah akan rosak pekerjaan itu. |
Kapuk segaul dengan kapas, bezanya takkan lepas. | Orang mulia dengan orang hina walaupun serupa keadaannya namun bezanya ketara juga. |
Kapur di hujung telunjuk. | Tidak dapat menolong sanak saudara. |
Karam berdua basah seorang. | Dua orang berbuat salah, seorang saja yang kena hukum. |
Karam di darat ada juga tinggal tungku lekar, karam di laut habis sekali. (lekar = penyangga (lapik) [kuali]] diperbuat daripada rotan atau lidi.) | Kalau susah dalam negeri sendiri, dapat juga diminta bantuan pada sanak saudara, tetapi kalau susah di rantau orang hilanglah akal bicara. |
Karam di laut boleh ditimba, karam di hati bilakan sudah. | Kesedihan kerana kematian kekasih. |
Karam Kampar oleh Kuantan. | Mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya. |
Karam sambal oleh belacan. | Mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya. |
Karam tidak berair. | Mendapat bencana dengan tidak bersebab. |
Kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan. (penggalan = potongan.) | Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak. |
Kasih itu roh (= semangat) yang buta. | Kasih tidak memilih yang baik atau yang cantik saja. |
Kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta, kasih ibu sama rata, kasih sahabat sama binasa. | Kasih yang sama beradalah kasih yang sempurna, sebab biar bagaimanapun kasih seseorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya. |
Kasih sepantun tulisan pinggan. | Kasih yang tak hilang-hilang. |
Kasih tidak bersekutu dengan bijak. | Apabila hati telah kasih, maka hilanglah cacat-celanya. |
Kasihan gajah berusung. | Kasihan yang tidak pada tempatnya. |
Kasihkan anak tangan-tangankan; kasihkan bini tinggal-tinggalkan. (uliti = menyanyikan sampai tidur.) | Anak yang dimanjakan akan rosak dan isteri yang diuliti selalu akan mendatangkan kedukacitaan. |
Kasihkan padi buangkan rumput-rumput. | Jika kasihan anak isteri, hendaklah berhenti daripada mengasihi perempuan lain. |
Kasihkan pinang sebatang daripada buluh|aur]] serumpun. | Lebih sayang kepada orang lain daripada kaum keluarga sendiri. |
Kasihkan raja di atas usungan. | Kasihan yang tidak pada tempatnya. |
Kasturi mati kerana baunya. (kasturi = tikus kecil yang harum baunya.) | Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. |
Kata berjawab, gayung bersambut. | Serangan ditangkis, kata dijawab; baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat. |
Kata biarlah kota. | Janji hendaklah ditepati. |
Kata dulu bertepati, kata kemudian berceraian (= bercari). | Janji hendaklah ditetapi. |
Kata periuk belanga hitam. | Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. |
Kata seorang dibulati, kata bersama diperiakan. | Urusan yang mengenai diri orang perseorangan bolehlah diurus dengannya sendiri, tetapi urusan yang mengenai umum hendaklah dilakukan dengan muafakat. |
Kata yang benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan. (rahmat = belas kasihan.) | Tidak mahu mengakui kebenaran. |
Katak di bawah tempurung. | Sangat picik pengetahuannya. |
Katak ditimpa kemarau. | Berkeluh kesah dengan tidak keruan. |
Katak hendak jadi lembu. | Hendak meniru-niru kelakuan (perbuatan) orang besar. |
Katak menggigit telunjuk, melihatkan ular sudah menjadi belut. | Orang jahat yang sudah berubah jadi baik, namun orang masih curiga juga. |
Katib (khatib) lalu katib (khatib) mati, bilal lalu bilal mati. | Tempat yang berbahaya. |
Kawin (kahwin) naik basuh kaki saja. | Kahwin dengan tidak kena belanja apa-apa. |
Orang yang bercakap bohong tentu tidak dapat dipercayai. | |
Kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan, uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar. | Pemimpin yang menjadi tempat rakyat mengadukan nasibnya. |
Kayu bongkok kura-kurapun boleh memanjat. | Orang yang sudah bersalah itu ada-ada saja orang yang menambah-nambahkan kesalahannya. |
Kayu buruk tiada bercendawan, lumut tumbuh. | Orang yang sudah tua sangat mudah dihinggapi penyakit. |
Kayu dikatakan batu, langit hendak dicapai dengan tangan. | Orang yang tidak sempurna akal fikirannya. |
Kayu mati berpunggur, manusia mati biar bernama. | Hidup manusia hendaklah meninggalkan jasa yang baik. |
Kayu yang banyak akarnya, tak takutkan ribut. | Orang yang banyak kawan tidak takut akan susah. |
Kayu yang berakar tunjang tak endahkan ribut. (tunjang = akar yang di atas tanah.) | Orang yang banyak kawan tidak takut akan susah. |
Kayu yang besar jugalah yang bersakat. (sakat = bendalu, pasilan.) | Orang yang kaya juga yang bertambah kekayaannya. |
Kayu yang tumbang itu, kura-kura pun hendak memanjatnya. | Apabila orang besar-besar hilang kebesarannya maka orang kecil pun berani mencercanya. |
Ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang. (gerek = berlubang-lubang.) | Sumpah orang yang bersalah: biarlah dia serta kaumnya binasa semuanya. |
Ke bukit sama didaki, ke laut sama direnangi; adat tiada bertukar, rahsia tidak berubah. | Perhubungan yang sangat karib, tidak dapat diceraikan. |
Ke dalam sumpit tak muat, ke dalam ambung longgar. (ambung = keranjang.) | Orang yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan. |
Ke gunung emas pasir baiduri, ke padang zamrud habis diedari; terbang bangausepanjang hari, ke tasik juga akhirnya dicari. | Bagaimana sekalipun jauh dagang merantau, ke negeri yang besar-besar, melihat tempat yang indah-indah, kesudahannya pulang juga ia ke tanahairnya sendiri. |
Ke gunung tak dapat angin. | Gagal untuk mendapat keuntungan. |
Ke hilir kena kutuk sultan, ke mudik kena kutuk raja. | Orang yang serba salah kerana melanggar perjanjian. |
Ke hulu kena bubu, ke hilir kena tengkalak. (tengkalak = lukah yang panjang.) | Tak dapat terhindar daripada bahaya. |
Ke langit tak sampai, ke bumi tak nyata (= tak terjejak). | Pekerjaan yang tanggung-tanggung atau terbengkalai. |
Ke laut meracik ikan, tersenyum siput; ke hutan memancing punai, tertawa badak. (racik = jerat.) | Perbuatan yang dilakukan dengan tidak menurut aturan akan jadi tertawaan orang ramai. |
Ke mana angin yang deras, ke situ condongnya. | Pendirian yang tidak tetap. |
Ke mana condong, ke mana rebah. | Sudah dilakukan menurut adat yang biasa. |
Ke mana dialih, lesung berdedak juga. | Pekerjaan yang selalu mendatangkan kerugian atau kesusahan, biar di mana pun dikerjakan nescaya akan merugikan dan menyusahkan juga. |
Ke mana kelok lilin, ke sana kelok loyang. | Selalu menurutkan kehendak orang yang berkuasa, tidak dapat mengambil keputusan sendiri. |
Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi. | Sesuatu itu akan kembali ke asalnya meskipun sedikit. |
Ke mudik tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya. | Sesuatu pekerjaan (perjalanan) haruslah ada ketentuannya. |
Ke sawah tidak berluluk, ke ladang tidak berarang. | Memperoleh keuntungan tidak dengan bersusah payah. |
Ke sungai sambil mandi. | Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. |
Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh. | Orang yang dapat menyesuaikan dirinya dalam pergaulan. |
Kebakaran janggut. | Kebingungan tidak keruan. |
Kebanyakan halilintar kurang hujan. | Cakap saja yang besar, tetapi hasilnya tidak ada. |
Kebenaran di hujung lidah. | Tidak ada keadilan. |
Kecambah kayu ara takkan jadi pulut-pulut. (kecambah = tumbuhan kecil.) | Orang yang memang berani takkan jadi pengecut. |
Kecek anak Melaka. | Cakap tinggi tetapi tidak berisi. |
Kecek bagai bunyi merendang kacang. | Percakapan yang berleler, sehingga susah untuk difahami maksudnya. |
Kecek bagai ketiak ular. | Cakap yang tak berkeputusan. |
Kecil anak besar onak. | Anak pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya. |
Kecil api menjadi kawan, besar ia menjadi lawan. | Kejahatan yang sedikit jangan dibiarkan menjadi besar. |
Kecil bahan besar penimpanya. | Belanja lebih banyak daripada penghasilan. |
Kecil dikandung ibu, besar dikandung adat, mati dikandung tanah. | Orang hidup hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya. |
Kecil gunung dipandang, besar hutang disandang. | Hutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya. |
Kecil hutang diansur, habis hutang dibayar. | Tiap-tiap suatu pekerjaan yang besar dan berat jika diansur-ansur mengerjakannya nescaya akan berkurang, apa lagi kalau dapat disudahkan sekali gus. |
Kecil jangan (= tak boleh) di sangka anak, besar jangan (= tak boleh) disangka bapa. | Pengetahuan dan kelebihan itu bukan tertentu kepada orang tua-tua saja, selalu juga terdapat pada orang muda-muda. |
Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan. | Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. |
Kecil teranja-anja, besar terbawa-bawa, sudah tua terubah tidak. | Kebiasaan sejak kecil, menjadi tabiat yang sukar diubah. |
Kecil umpan besar ikan. | Dengan usaha yang sedikit dapat menghasilkan pekerjaan yang besar. |
Kecil-kecil anak harimau. | Meskipun kecil tetapi berani. |
Kecil-kecil anak sudah besar menjadi onak. | Anak pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya. |
Kecil-kecil beliung, tumbang juga kempas yang besar. | Walaupun orang itu kecil tetapi dapat juga ia mengalahkan orang besar. |
Kecil-kecil cabai rawit. | Meskipun kecil tetapi berani. |
Kecil-kecil cili Melaka (= api). | Meskipun kecil tetapi berani. |
Kecil-kecil lada api, besar-besar limau abung. (limau abung = sejenis limau besar.) | Meskipun kecil tetapi berani. |
Kecil-kecil pun api. | Barang sesuatu yang dapat mendatangkan bahaya janganlah dibiarkan walaupun sedikit. |
Kecubung berulam ganja. | Sama jahat. (kecubung = sejenis tumbuhan, bijinya memabukkan.) |
Kehendak kucinglah bertemu dengan panggang. | Orang yang bertemu dengan barang yang digemarinya. |
Kejap (= kerling) bagai pelitakan padam. (kejap = kerling, kedip, kelip.) | Pujian kepada perempuan yang cantik. |
Keladi muda, muda buahnya; menurut hati muda, berkelahi sudahnya. | Orang muda sangat mudah panas darahnya. |
Kelakatu hendak terbang ke langit. | Menghendaki sesuatu yang mustahil. |
Kelalaian menjemput pencuri. | Kerana kelalaian maka kerugian. |
Kelam bagai malam dua puluh tujuh. | Sesuatu hal atau perkara yang gelap sama sekali. |
Kelam disigi, lekung ditinjau. (sigi = suluh, obor; lekung = lekuk.) | Sesuatu perkara atau perkataan yang kurang terang hendaklah diselidiki dan diperiksa dengan saksama sebelum dibuat sesuatu keputusan. |
Kelapa ditebuk tupai. | Gadis yang sudah kehilangan daranya. |
Kelapa muda tak berminyak. | Orang muda yang belum ada pengalaman. |
Kelapa tebal sabut, terhempas ke batu tak pecah, dibuang ke laut tak tenggelam. | Orang yang ramai anak cucunya, dikasihi oleh kaum kerabatnya, suka tolong-menolong, maka selamatlah hidupnya. |
Kelarai sesat taja. (taja = permulaan.) | Sesuatu pekerjaan yang sudah salah dari permulaannya. |
Kelebihan ikan radai, kelebihan manusia akal. (radai = sirip.) | Tiap-tiap sesuatu ada dengan kelebihannya masing-masing. |
Keledai (keldai) hendak dijadikan kuda. | Orang bodoh hendak dipandang (dijadikan) orang pandai. |
Kelekati memanjat peran, sebelum mati belum jeran. (kelekati = kelekatu; peran = balok yang menyambung tiang rumah. jeran = jera.) | Terlalu gemar akan sesuatu perkara sehingga rela mengorbankan diri sendiri. |
Keli dua selubang. | Seorang perempuan yang mempunyai kekasih dua orang. |
Kelik-kelik dalam baju. (kelik-kelik = semut yang berbisa.) | Musuh dalam selimut. |
Kelimpanan mata dek pengelan. (kelimpanan = kelilipan; mata kemasukan debu atau sebagainya; pengelan = galah buat menjolok buah-buahan.) | Dikecewakan oleh orang yang diharapkan. |
Kelip-kelip terbang malam. | Hendak menyembunyikan rahsia yang tidak dapat ditutup. |
Keluar tak mengganjilkan, masuk tak menggenapkan. | Orang yang tidak berharga dalam masyarakat. |
Keluh (kesah) tidur di kasur, berkeruh di lapik penjemuran. | Kemewahan ataupun kekayaan tidak selamanya membawa kebahagiaan; sebaliknya, hidup miskin ada kalanya memberi kesenangan. (berkeruh = mendengkur.) |
Keluk paku asam (= kacang) belimbing; anak dipangku kemanakan dibimbing. | Anak dan kemanakan haruslah sama-sama dididik dan dipimpin. |
Kemahiran itu sebaik-baik guru. | Sesuatu pekerjaan akan menjadi sempurna apabila dikerjakan oleh orang yang ahli. |
Kemarau setahun rosak oleh hujan sepagi. | Kebaikan yang banyak hilang kerana kesalahan yang sedikit. |
Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau. | Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. |
Kemiri jatuh ke pangkalnya. | Beroleh tempat yang sepatutnya; kembali ke tempat asalnya. |
Kemudi di haluan, bergilir ke rusuk. | Orang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya). |
Kemudi patah perahu tembuk. | Kemalangan yang silih berganti. |
Kena kecipak orang berbelut. (kecipak = gerak tangan ketika merenggutkan belutyang tertangkap dilubangnya.) | Terlibat dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain. |
Kena luluk kandang kering. | Mendapat kesusahan tidak pada tempatnya. |
Kena parang bermata dua. | Sangat menyakitkan perasaan hati. |
Kena pukul di punggung (= di pantat), gigi habis tanggal. | Sindiran (jawapan) yang tepat. |
Kena-kena seperti santan bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala. | Suatu perbuatan (perkataan) itu kalau bersalahan tafsirannya, jadi melarat; jika benar, jadi kebajikan. |
Kenal dadanya, tak kenal mukanya (= rupanya). | Orang alim atau orang pandai dikenal orang hanya dengan membaca buku-buku karangannya saja. |
Kendur mengusut, tegang memutus. | Pentadbiran yang kurang baik, kalau lemah menyebabkan kekacauan dan kalau keras menimbulkan kerusuhan. |
Kepala ke bawah, kaki ke atas. | Bekerja tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk. |
Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang. | Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. |
Kepala sama berbulu (= hitam), pendapat (= hati) berlain-lain. | Lain orang, lain fikirannya. |
Kepala tersangkut dengan kulit babi. | Mendapat malu besar. |
Kepala yu, ekor babi. | Suka berpura-pura atau bermuka dua. |
Kera (= monyet) kena belacan . | Sangat gelisah. |
Kera dapat bunga. | Mendapat sesuatu yang tak dapat dipergunakan. |
Kera memanjat pohon, kura-kura pun hendak memanjat pula. | Hendak meniru-niru membuat pekerjaan yang mustahil dapat dilakukan olehnya. |
Kera menegurkan tahinya. | Barang siapa yang berbuat salah, ialah yang mula-mula memperkatakan kesalahan itu. |
Kera menjadi monyet. | Tiada bezanya. |
Kerambil tumbuh di matanya. | Kepala negeri yang cerdik lagi hartawan, |
Kerana cenderawasih, merak mas (emas) dilepaskan. | Sesudah mendapat kekasih baru, kekasih lama dilepaskan. |
Kerana emas memas, kerana padi menjadi. (memas = cermat, bagus.) | Orang kaya dapat mencapai apa saja maksud hatinya. |
Kerana lotong terlalu makan, tupai dijulai timpa perasaan. | Orang besar-besar yang bersuka-ria, orang kecil-kecil yang gembira berlebih-lebihan. (lotong(lutung) = kera hitam.) |
Kerana mata buta, kerana hati mati. | Orang yang menurutkan hawa nafsunya, akhirnya akan binasa. |
Kerana mendengar bunyi. | Terpedaya kerana mendengar berita baik saja. |
Kerana mulut badan binasa. | Mendapat kecelakaan kerana perkataannya. |
Kerana mulut kepala terpenggal. | Mendapat kecelakaan kerana perkataannya. |
Kerana pijat-pijat mati tuma. | Mendapat celaka kerana berkawan dengan orang jahat, atau kerana kesalahan orang lain. |
Kerana sabut tebal, tempurungnya pun menjadi kebal. | Orang yang banyak kaum keluarga dan sahabat handainya selamatlah hidupnya. |
Kerap sang berudu hendak berenang di laut lebar, awak masih juga di kubangan. (berudu = anak katak yang masih sebagai ikan) | Menghendaki sesuatu yang mustahil diperoleh atau terjadi. |
Keras bagai batu, tinggi bagai langit. | Tiada mahu menurut perintah; keras kepala. |
Keras ditakik, lunak disudu. | Perintah haruslah dilakukan dengan segala kebijaksanaan. |
Kerat rotan, patah arang. | Telah putus sama sekali; perselisihan yang tak dapat didamaikan lagi. |
Kerbau (= lembu) diberi berpelana, kuda diberi berpasangan. | Melakukan sesuatu dengan tidak menurut keadaan yang sebenarnya. |
Kerbau (= lembu) tanduk panjang, tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga. | Orang yang sudah terkenal kejahatannya. |
Kerbau bertanduk, rotan beronak. | Orang besar-besar kuat kerana kekuasaannya dan rakyat kuat kerana persatuannya. |
Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya. | Janji yang sudah diucapkan mestilah ditepati, kerana harga manusia terletak pada janjinya itu. |
Kerbau jangan dimaling orang, ayam jangan dimusangi. (dimusangi = dimakan musang.) | Anak dan isteri hendaklah dijaga dengan baik-baik. |
Kerbau kandang, emas berpura. | Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. |
Kerbau menanduk, kerbau pergi. | Siapa yang bersalah mesti dihukum setimpal dengan kesalahannya. |
Kerbau pembulang tali. (membulang = mengikat tali ke kepala.) | Orang yang berbolak-balik fikirannya atau yang tiada tetap hatinya. |
Kerbau punya susu, sapi punya nama. | Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. |
Kerbau sakit, sapi beroleh nama. | Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. |
Kerbau sekandang dapat digembalakan, manusia seorang tiada terjaga. | Kerbau sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal. |
Kering pengayuh di tangan, kering wang di pinggang. | Orang miskin yang harus bekerja setiap masa. |
Kering tempayan, cebok pun jauhlah. | Setelah harta ibu bapanya habis, anak-anak pun menjauhkan diri. |
Keris panjang berkeluk, ke mana bawa ke mana olok. | Orang yang dapat digunakan untuk sebarang maksud; anak muda yang 'dimakan' pakaian. |
Keris pedang (= lembing) tiada tajam, lebih tajam mulut manusia. | Kata-kata lebih tajam daripada senjata. |
Keris tersisip di dinding, pedang tajam dalam sarungnya. | Perbuatan yang pandir. |
Kerja baik berimbauan, datang buruk (= malang) berhamburan. | Kerja baik dirundingkan, waktu kemalangan dibantu beramai-ramai. (berhamburan = maksudnya datang dalam peribahasa ini.) |
Kerja raja dijunjung, kerja kita (= sendiri) dikelek. | Menyambilkan pekerjaan sendiri ketika mengerjakan pekerjaan orang lain. dikelek = dibawa di bawah ketiak. |
Kerja sebarang hebat, kasih sebarang tempat. | Bekerja dengan tidak menurut peraturan. |
Kerja sebarang hubah, kasih sebarang tempat. | Kerja apa pun suka, kepada siapa pun kasih. (hubah = suka.) |
Kerosok ular di rumpun bambu. (kerosok = bunyi di daun-daun kering kerana dilalui binatang atau lain-lain.) | Ancaman daripada orang yang pengecut. |
Kesat daun pimping. (pimping = sejenis gelagah yang batangnya tiada berongga.) | Lemah tetapi dapat mendatangkan bahaya. |
Kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur. (celur = celup ke dalam air mendidih.) | Orang miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang banyak, tetapi kalau ada perangai yang baik, ada juga faedahnya. |
Ketam (= kepiting) menyuruhkan anaknya berjalan betul. | Orang yang memberi nasihat, tetapi dia sendiri tidak melakukan sebagai yang dinasihatkannya itu. |
Ketika ada jangan dimakan, telah habis (= tiada) maka dimakan. | Berhemat cermat dalam penghidupan. |
Ketika gagak putih, bangau hitam. | Kiasan pada zaman yang sudah silam. |
Khabar jauh dengar-dengarkan, khabar dekat fikir-fikirkan. | Tiap-tiap khabar yang diterima hendaklah diselidik dengan saksama supaya jangan tertipu. |
Kicang-kecoh ciak. (kicang-kecoh = tipu daya; ciak = dakwa.) | Sesuatu perkara yang akan diperiksa hendaklah ada buktinya. |
Kijang jika ditambat dengan rantai emas sekalipun, bila terlepas ke hutan juga larinya. | Orang dagang, biar bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga ia akan negeri asalnya. |
Kikir pari belulang kering, direndam tujuh hari tak basah. (kikir = besi baja beringgit atau belulang pari untuk melicinkan kayu.) | Terlalu degil atau terlalu kikir; orang yang kuat atau berkuasa. |
Kilangan patah awak itulah menghimpitnya. (kilangan = apitan tebu.) | Mendapat celaka kerana kesalahan sendiri. |
Kilat beliung sudah di kaki, kilat pisau sudah ke tangan, kilat cermin sudah kemuka. | Orang yang bijaksana dengan mudah menangkap hujung kata atau kias seseorang. |
Kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan. | Dalam tutur kata atau tingkah laku tercantum maksud yang lain. |
Kini gatal besok digaruk. | Pertolongan yang terlambat datang. |
Kita baru mencapai pengayuh, orang sudah tiba ke seberang. | Orang yang bijaksana selalu lebih dulu mencapai maksudnya. |
Kita membawa jarum, dia menyambut dengan gunting. | Kita menunjuk jalan supaya bersatu padu, dia berikhtiar supaya berpecah belah. |
Kita semua (= sekalian) mati, tetapi kubur masing-masing. | Masing-masing orang dengan pembawaan dan cara hidupnya yang tersendiri, meskipun berkaum keluarga. |
Kodok dapat bunga sekuntum. | Beroleh sesuatu yang sia-sia kerana tidak dapat mempergunakannya. |
Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi. (bergelumang = kotor berlumur.) | Seseorang yang cakapnya tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan. |
Korek lubang ulat. | Sengaja mencari perselisihan. |
Kotor dicuci, berabu dijentik. | Apa yang tiada baik dan yang buruk hendaklah dibuang atau dilupakan saja. |
Koyak baju mahu ukur badan. | Merosakkan sesuatu yang hendak disempurnakan. |
Koyak tak berbunyi. | Melakukan sesuatu yang kurang baik, tidak diketahui orang. |
Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek. | Bersama-sama dalam senang dan susah. |
Kuah tertunggang ke nasi, nasi akan dimakan juga. | Perkahwinan antara kaum keluarga sendiri. |
Kuah tumpah (= tertuang) ke nasi. | Anak yang dikahwinkan dengan kemanakan; sesuatu yang sudah sewajarnya. |
Kuali mengatakan belanga hitam. | Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. |
Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar. | Kelebihan seseorang itu kerana suka muafakat satu sama lain. |
Kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah. | Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu. |
Kuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai. | Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya. |
Kuat gajah terdorong, kuat harimau terlompat-lompat. | Orang besar-besar yang membuat kesalahan kerana kekuasaannya. |
Kuat ikan kerana radai, kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit. | Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya. |
Kuat lilit kerana simpulnya. | Kekuatan persatuan terletak pada anggota-anggotanya yang bersatu padu. |
Kuat sepit kerana kempa. (kempa = apitan.) | Orang kuat dalam sesuatu perkara, kerana ada yang menolong atau menyokongnya di belakang. |
Kuat tertawa koyak bibir. | Bersuka-sukaan yang akhirnya mendatangkan kesusahan. |
Kubur kata mari, rumah kata nanti. | Orang yang sudah lanjut usianya. |
Kucing lalu, tikus tiada berdecit lagi. | Apabila ada orang yang ditakuti, maka diamlah orang yang sedang berbuat bising. |
Kucing melompat, orang terkejut daripada tidurnya, ayam berkokok hari pun siang. | Kesusahan atau kesukaan orang lain, yang berkesan sampai kepada kita. |
Kuda itu kuda juga, keldai itu keldai juga. | Tiap-tiap suatu itu akan kembali kepada asalnya. |
Kuda pelejang bukit. | Orang yang menjadi kakitangan orang lain. |
Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang. | Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. |
Kuda yang baik tak bercerai daripada pelananya. | Orang yang rajin senantiasa disuruh orang. |
Kuda yang pantas tiada berkehendakkan cemeti. | Orang yang rajin dan pandai berbuat pekerjaan tak perlu diawasi. |
Kudis menjadi tokak. | Perkara kecil menjadi besar. |
Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa. | Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. |
Kulai-balai bagai cangkul sisa pengait (= dikait). (kulai-balai = tergantung lemah, terayun-ayun.) | Orang yang lemah-lembut gerak gerinya. |
Kulit hitam orang tengok, tulang putih siapa jenguk. | Orang yang pada lahirnya kelihatan jahat, tetapi niat di hatinya baik tidak seorang pun yang tahu. |
Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak. | Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. |
Kuman menjadi barah (= pekung). | Perkara kecil menjadi besar. |
Kumbang terbang tak bersaing. | Terlalu cepat. |
Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari. | Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak. |
Kuning oleh kunyit, hitam oleh arang. | Mudah dihasut atau dipujuk. |
Kura-kura (hendak) memanjat kayu. | Berbuat sesuatu yang mustahil. |
Kura-kura di atas dahan. | Orang bodoh yang tidak dapat melepaskan dirinya daripada kesusahan. |
Kura-kura di dalam perahu, pura-pura tidak tahu. | Bertanya sesuatu yang sudah diketahui. |
Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. |
Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. |
Kura-kura kakinya tiada basah. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. |
Kura-kura pandai kerabat kayu. (kerabat = panjat.) | Berbuat sesuatu yang mustahil. |
Kurang budi teraba-raba, tidak ilmu suluh padam. | Orang yang kurang siasat di dalam sesuatu perkara, akhirnya akan mendapat kesusahan. |
Kurang kerat, rengkuh yang lebih. | Usaha tiada seberapa hanya cakap saja yang lebih. |
Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan. | Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. |
Kurang sesayat (= seiris) sebelanga. | Hampir cukup bilangan; sedikit saja yang kurang. |
Kurang sisik, tinggal lidi di buku; selidik, tinggal kaji di guru. (sisik = menyisik, membuang sisik; di guru = pada guru.) | Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. |
Kurang taksir hilang laba. | Kalau kurang hati-hati mungkin mendapat kerugian atau bahaya. |
Kurang tambah menambah, senteng bilai-membilai. | Bertolong-tolongan dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan. (senteng = kurang cukup; bilai = sambung.) |
Kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu (= sudu yang lebih). | Perkara kecil menjadi besar kerana banyak dipercakapkan orang; pengetahuan sedikit tetapi terlalu besar cakapnya. |
Kurus kering seperti bayang; siapa pun tiada menaruh sayang. | Kurus sekali kerana sakit. |
Kusut di hujung dengan pangkal, kerana salah memulai. | Seluruh pekerjaan menjadi rosak, kerana sejak mula lagi sudah salah. |
Kusut di hujung, lari (= bawa) ke pangkal. | Pembicaraan yang sudah melentur kian ke mari, hendaklah segera kembali ke pokokmasalah. |
Kusut diselesaikan, keruh diperjernih. | Segala perselisihan hendaklah didamaikan. |
Kutu mati di atas kepala, tuma mati di tepi kain. | Biar mati di tempat yang mulia kerana membuat pekerjaan yang baik, daripada mati di tempat yang hina kerana melakukan pekerjaan jahat. |
Jumaat, 31 Ogos 2012
Peribahasa bermula dengan huruf "K"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan