Jumaat, 31 Ogos 2012

Peribahasa bermula dengan huruf "B"


PeribahasaMaknanya
Babi merasa gulai.Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum.
Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga.Kiasan kepada orang yang membuang anaknya sendiri kerana takut malu dan sebagainya.
Badak makan anak.Bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan, tetapi dengan mudah juga dapat diceraikan, kerana orang lebih mengutamakan harta-benda.
Badan bersaudara; emas perak tiada bersaudara; kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta yang ada, kasih ibu sama rata; kasih sahabat sama binasa.Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas.
Badan boleh dimiliki, hati tiada boleh dimiliki.Sudah sehidup semati.
Badan sudah dua senyawa.Tidak tetap pendirian; selalu berubah-ubah.
Bagai air daun talas (= keladi).Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah.
Bagai air mencari jenisnya.Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.
Bagai air itik ke batu.Lemah dan lesu tanpa penyakit.
Bagai anak dara mabuk andam.
(andam = anak rambut di dahi.)
Anak perempuan yang tiada malu, pemalas dan pengotor.
Bagai anak dara sudah berlaki.Banyak sekali.
Bagai anak nangui.
(nangui = Babi kecil yang banyak anaknya.)
Berbaring dan bermalas-malas saja di rumah orang lain.
Bagai anak sepat ketohoran.Kurus sekali.
Bagai anjing beranak enam.Orang yang sangat benci oleh masyarakat.
Bagai anjing buruk kepala.Sangat gembira; sangat gembira; sangat sombong.
Bagai anjing melintang denai.
(denai = jejak binatang besar di hutan.)
Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari.
(Peribahasa lain yang sama makna: Anjing terpanggang ekor).
Bagai anjing tersepit di pagar.Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan.
Bagai api dengan rabuk.Tidak terus berjalan ke tempat tujuan, tetapi singgah-singgah di jalan.
Bagai ara hanyut.Satu sama lain bertolong-tolongan.
Bagai aur dengan tebing.Tolong-menolong di antara satu sama lain.
Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur.Menyerahkan diri kepada nasib.
Bagai aur di atas bukit.Orang yang tak pernah masuk majlis.
Bagai ayam dibawa ke lampok.
(lampok = onggok padi sesudah disabit; limpap.)
Pucat dan kuning kerana menghidap penyakit; sangat gelisah kelakuannya.
Bagai ayam dimakan (= kena) tungau.Mati tanpa sakit.
Bagai ayam disambar [helang|elang]].Tidak dapat berbuat apa-apa; bingung.
(kena kepala = kena lempar).
Bagai ayam lepas bertaji.Seseorang mendapat kesusahan dan orang lain serba salah untuk menolongnya.
Bagai ayam mabuk tahi.Pucat lesi dan tidak berdaya sebab sakit dan kurang darah.
Bagai ayam mengarang telur.
(mengarang telur = hampir bertelur.)
Peri keelokan, merah muka seseorang.
Bagai ayam mengeram telur.Peri keelokan, merah muka seseorang.
Bagai ayam naik ke surau.Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa.
Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi. (tombong = sombong.)Seseorang yang cakapnya tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan.
Bagai ayam yang terkecundang.
(kecundang = kalah.)
Sangat ketakutan.
Bagai bajak wangkang makan diangkat.
(bajak wangkang = tenggala yang selalu mesti diangkat-angkat waktu menggunakannya. bajak = perompak; wangkang = perahu besar;)
Orang yang gemar dipuji.
Bagai balak terendam.Orang gemuk yang malas bergerak.
Bagai belacan dikerat dua: yang pergi busuk, yang tinggal hanyir.Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua-dua belah pihak.
Bagai beliung dengan asahan.Tidak pernah berpisah.
Bagai belut digetir (= diketil) ekor.
(digetir = dicubit.)
Cepat sekali.
Bagai belut diregang.Tinggi dan kurus.
Bagai berkain tiga hasta.Serba tak cukup (miskin).
Bagai bersahabat dengan ular bisa.Berkawan dengan orang yang jahat.
Bagai berseru di padang pasir.Seruan yang tidak diendahkan orang.
Bagai bersumur di tepi rawa.Orang yang selalu cemburu.
Bagai bertanak di kuali.Terlalu murah hati sehingga binasa kerananya.
Bagai bertandang ke rumah janda.Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa.
Bagai bertemu (= makan) buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu.
(malakamo adalah sejenis buah yang sama ada dimakan atau tidak akan mendatangkan kesusahan (sebagai perumpamaan sahaja)
Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.
Bagai bertepuk sebelah tangan.Cinta kasih yang tidak berbalas.
Bagai beruk kena ipuh. (ipuh = racun.)Menggeliang-geliut (kerana kesakitan dan sebagainya).
Bagai berumah di tepi tebing.Selalu dalam kekhuatiran.
Bagai besi dengan penempa.Orang lemah di bawah kuasa orang kuat.
Bagai biawak mengulangi bangkai.Lelaki yang suka pergi ke tempat perempuan jahat.
Bagai buah keras di dalam sekul. (buah keras = kemiri; sekul = mangkuk yang diperbuat daripada tempurung kelapa.)Bercakap dalam keadaan tergopoh-gopoh.
Bagai budak menyapu hingus.Beroleh malu dalam sesuatu majlis.
Bagai bulan empat belas.Kecantikan wajah seseorang wanita.
Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan.Perempuan cantik yang keluar dari rumahnya kerana hendak berjalan.
Bagai buntal kembung.Bodoh dan sombong.
Bagai bunyi cempedak jatuh.Bunyi jatuh yang kuat.
Bagai bunyi orang dikoyak harimau.Berteriak-teriak atau melolong dengan kuat.
Bagai bunyi perempuan di air. (di air = di tempat mandi.)Ramai (= riuh) sekali.
Bagai bunyi siamang kenyang.Banyak cakapnya dan sebagainya kerana mendapat kesenangan.
Bagai cacing gila. (cacing gila = cacing yang berputar-putar bila disentuh.)Perempuan yang suka berpergian, bertandang dan sebagainya.
Bagai cacing kena air panas.Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya).
Bagai cembul dapat tutupnya.Sesuai benar.
Bagai dakwat dengan kertas.Tak pernah bercerai; sangat cocok.
Bagai dekan di bawah pangkal buluh. (dekan = ulat yang makan buluh.)Pandai menyembunyikan rahsia.
Bagai denai gajah lalu.Pekerjaan atau kejadian yang payah benar hendak disembunyikan.
Bagai dihiris dengan sembilu.Pedih sekali rasa hatinya.
Bagai diikat dengan sehasta tali.Dalam keadaan yang sangat terbatas.
Bagai dirahap kain basah. (rahap = bungkus.)Dingin sejuk sekujur badan kerana mendengar khabar atau melihat kejadian yang sedih dan ngeri.
Bagai ditembak putus tunggal. (putus tunggal = petir yang sangat keras bunyinya.)Dialahkan oleh orang yang bodoh.
Bagai diurap dengan daun katang-katang. (katang-katang = Sejenis tumbuh-tumbuhan di tepi laut, getahnya sangat menggatalkan.)Sangat marah.
Bagai dulang dengan tudung saji.Sesuai benar.
Bagai duri dalam daging.Sesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan hati.
Bagai emak mandul baru beranak.Girang yang amat sangat; kasih sayang yang terlalu amat.
Bagai empedu lekat di hati.Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).
Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.Tiada semuafakat dalam sesuatu perbincangan.
Bagai gadis jolong menumbuk.Rajin dan bersungguh-sungguh.
Bagai gagak menggonggong telur.Perempuan hodoh berpakaian bagus.
Bagai galah di tengah arus.Menggigil keras; selalu berkeluh-kesah.
Bagai galah dijual. (galah = tombak atau lembing.)Terlalu miskin; kalah judi.
Bagai gelegar buluh. (gelegar = bunyi bergemuruh.)Bercakap besar.
Bagai gelombang dua belas.Kehebatan langkah seseorang pendekar.
Bagai geluk tinggal di air. (geluk = timba daripada tempurung kelapa.)Orang yang melarat hanya mengharap bantuan orang.
Bagai gembala diberi keris.Pemberian yang tidak berfaedah.
Bagai getah dibawa ke semak.Perkara yang semakin kusut dan susah menyelesaikannya.
Bagai gulai lengkitang. (lengkitang = siput.)Hendak menghilangkan kejahatan dirinya, tetapi kebaikan yang ada padanya pun lenyap pula.
Bagai hantu makan dedak.Bersungut-sungut dengan tiada tentu sebabnya.
Bagai harimau beranak muda.Orang perempuan yang terlalu bengis.
Bagai haruan di dalam tuar. (tuar = lukah.)Tidak tetap keadaannya, kerana sakit atau susah.
Bagai ikan lampam di ulak jamban.Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat.
Bagai ilak bercerai dengan benang. (ilak = ukuran untuk menentukan lebar kain yang akan ditenun.)Bercerai untuk selama-lamanya.
Bagai inai dengan kuku.Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).
Bagai itik pulang petang.Berjalan lambat dan lamban (perempuan atau orang yang gemuk).
Bagai jawi belang puntung: didahulukan dia menyepak, dikemudiankan dia menanduk. (belang puntung = merah kehitam-hitaman; jawi = lembu.)Orang bodoh yang tidak dapat diajak berunding.
Bagai jawi ditarik keluan. (keluan = tali yang dicucukkan pada hidung (lembu dan kerbau).)Menurut dengan tidak membantah.
Bagai jawi makan, dimamah dulu baru ditelan.Tiap-tiap perbuatan itu dirundingkan masak-masak sebelum dikerjakan.
Bagai jawi terkurung siang.Sangat gelisah kerana tidak bebas.
Bagai jelongak kerbau rampung.Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang.
Bagai jempuk kesiangan hari.Kebingungan; termenung-menung.
Bagai kacang direbus satu.Melonjak-lonjak kegirangan kerana mendapat untung.
Bagai kacang direndang.Bunyi suara yang tak putus-putus.
Bagai kain menunjukkan corak bangsanya.Rupa dan gaya seseorang menunjukkan asal usulnya.
Bagai kambing dalam biduk.Sangat ketakutan.
Bagai kambing dihalau (= diseret) ke air.Orang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan.
Bagai kambing dijunjung.Jerit pekik orang yang penakut.
Bagai kambing dimandikan pagi.Orang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan.
Bagai kambing harga dua kupang.Tingkah lakunya seperti anak-anak.
Bagai kambing lepas ke parak. (parak = ladang, kebun.)Memilih makanan dengan sesuka hati.
Bagai kambing menanduk bukit; tanduk patah bukit tak runtuh.Pekerjaan yang sia-sia dan mendatangkan kerugian.
Bagai kapak naik cerana. (cerana = tempat sirih.)Tidak pada tempatnya; kurang cukup alat (= kepandaian) untuk mengerjakan sesuatu.
Bagai kayu lempung, ditebuk kumbang tembus-menembus. (kayu lempung = kayu ringan dan lunak.)Orang yang lemah, mudah dianiaya oleh orang yang berkuasa.
Bagai keli kena ketuk.Bersungut-sungut dengan tiada tentu hujung pangkalnya.
Bagai kelip-kelip terbang malam.Rahsia yang tiada dapat disembunyikan.
Bagai keluang bebar petang. (bebar = terbang.)Ramai-ramai berkerumun; suka hidup beramai-ramai.
Bagai kena sentung pelalai. (sentung pelalai = semacam guna-gunayang menyebabkan perempuan tiada beroleh jodoh.)Gadis yang tak mahu bersuami.
Bagai [kera]] diberi kaca.Mendapat sesuatu yang tak dapat dipergunakan.
Bagai kerakap tumbuh di batu (= atas batu). (kerakap = Sejenis sirihtetapi tidak dimakan orang.)Hidup dalam kemelaratan.
Bagai kerbau runcing tanduk.Orang yang sudah terkenal kejahatannya.
Bagai kerbau terkejut oleh gong.Tercengang-cengang kehairanan.
Bagai kilat senja, bagai petir tunggal.Ketangkasan sikap dan kuat bunyi suaranya.
Bagai kinantan hilang taji. (kinantan = putih belaka (ayamkuda , dan sebagainya).)Tidak berharga lagi.
Bagai kuau mengigal (= menyesar). (kuau = sejenis burung; menyesar = menguak.)Kehebatan rupa seseorang.
Bagai kucing dengan panggang (= balur).(balur = dendang.)Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan.
Bagai kucing dibawakan lidi.Sangat ketakutan.
Bagai kucing kehilangan anak.Kehilangan akal; bingung.
Bagai kucing lepas senja.Sukar dicari; merasa senang.
Bagai kucing main daun.Kehebatan rupa seseorang.
Bagai kucing menjemput api.Yang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga.
Bagai kucing takut akan balur.Lelaki yang takut kepada perempuan.
Bagai kucing tidur di bantai. (bantai = daging binatang yang disembelih.)Hidup senang dan mewah.
Bagai kuku dengan isi (= daging).Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).
Bagai ayam naik ke surau.Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa.
Bagai lalat cari puru.Membuat sesuatu pekerjaan dengan cepat dan ghairah.
Bagai langau mengerumuni bangkai.Orang ramai yang riuh-rendah bunyinya.
Bagai lebah menghimpun madu.Sangat rajin.
Bagai lepat dengan daun.Sangat sesuai.
Bagai lesung dengan antan.Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).
Bagai limau masam sebelah.Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.
Bagai lobak di pemerunan, bagai kacang tengah dua bulan. (pemerunan = tempat membakar sampah.)Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi.
Bagai lukah, tak penuh air.Selalu hendak makan saja, tak ada kenyang-kenyangnya.
Bagai melepaskan batuk di tangga.Membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai.
Bagai melihat asam.Ingin sekali.
Bagai melihat ulat.Sangat benci.
Bagai melompati pagar tiga hasta: akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi.Sesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah.
Bagai melulur bersitungging.Melakukan sesuatu pekerjaan dengan terpaksa.
Bagai melulus baju sempit, bagai terbuang kesisipan. (kesisipan = kemasukan duri dalam daging.)Berasa senang kerana terlepas daripada kesukaran.
Bagai melulutkan jebat pada kerbau. (melulutkan = menggosok tubuh dengan pelutut; jebat = Sejenis Kasturi)Pemberian yang tidak sesuai dengan tempatnya.
Bagai memakai baju pinjaman.Tidak pada tempatnya, sehingga canggung kelihatannya.
Bagai membelah betung.Pendirian yang berat sebelah.
Bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diludahkan mati bapa.Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.
Bagai menambah gelang bini.Pemberian yang tak kelihatan.
Bagai menampung air dengan limas pesuk. (limas = takir; pesuk = berlubang.)Tak dapat diberi ajaran atau nasihat.
Bagai mencari belalang di atas akar.Mengerjakan pekerjaan yang sia-sia.
Bagai mencari kutu di dalam ijuk.Mengerjakan pekerjaan yang sia-sia.
Bagai mencencang air.Melakukan pekerjaan yang tidak ada faedahnya.
Bagai mendapat cincin ijuk.Mendapat barang yang tidak berguna.
Bagai menelan mestika embun.Mendengar nasihat yang baik.
Bagai mengail kucing hanyut.Perbuatan yang sia-sia.
Bagai mengangkut batu di bencah. (bencah = paya.)Menyuruh orang yang enggan melakukan pekerjaan.
Bagai mengatai tunggak (= tunggul).Memberi nasihat kepada seseorang yang tiada menjawab.
Bagai mengepal pasir kering.Sangat susah hendak menyatukan orang-orang yang berbagai-bagai fikirannya.
Bagai menggelikan induk ayam.Memberanikan orang penakut.
Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak.Pekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali.
Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan.Pekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali.
Bagai menghitung bulu kambing.Pekerjaan yang sia-sia.
Bagai menjaga permata intan ketika dicanai.Kasih sayang yang tidak ada taranya.
Bagai menjenguk jerat sial.Melawat sesuatu tempat tetapi hanya sebentar saja; orang yang gemar berjalan-jalan.
Bagai menumbuk padi hampa.Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya.
Bagai menunjukkan ilmu kepada orang menetek.Melakukan pekerjaan yang tidak ada gunanya.
Bagai menyandang galas tiga. (galas tiga = tiga bungkus dagangan.)Pekerjaan yang ringan, tetapi sukar melakukannya.
Bagai menyesah kain dapat. (menyesah = memukul.)Barang pinjaman yang dipakai dengan sekehendak hati saja.
Bagai menyukat anak ayam, masuk empat keluar lima.Melakukan pekerjaan yang sulit.
Bagai menyukat belut hidup.Melakukan pekerjaan yang sulit.
Bagai meramas biji cempedak.Menghadapi orang yang pandai berdolak-dalik.
Bagai mestika embun .Mendengar nasihat yang baik.
Bagai murai dicabut ekor.Perempuan yang suka bercakap banyak.
Bagai nakhoda kasap: hujung hilang, pangkal lesap.Mengeluarkan belanja dengan tidak tentu dalam sesuatu pekerjaan.
Bagai nangka masak gugur.Jatuhnya orang yang gemuk.
Bagai nangka masak menyesak sarungnya.Rupa seseorang yang tambun.
Bagai ombak purus.Suara riuh-rendah.
Bagai padi, hendakkan dedak; bagi laki (= suami), hendakkan gendak.Orang yang suka menolak sesuatu pemberian yang baik, dan gemar berbuat pekerjaan buruk.
Bagai pahat, tidak ditukul tidak makan.Bekerja hanya kalau diperintah.
Bagai panas mengandung hujan.Tertawa dalam kesusahan.
Bagai pancang digoncang arus.Pendirian yang tidak tetap.
Bagai parang buruk, tali sabut tiada tergolok.Tidak berkuasa melakukan pekerjaan kerana terlalu lemah.
Bagai pelita kehabisan minyak.Tidak berseri-seri lagi.
Bagai perahu karam sebelah. Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.
Bagai perempuan bunting bertemu idamannya.Gembira kerana mendapat barang kesukaannya.
Bagai perempuan membawa perut.Orang yang buncit perutnya.
Bagai perian pecah. (perian = tabung bambu untuk membawa air.)Suara yang tidak merdu.
Bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi.Sesuatu yang membahayakan.
Bagai pucuk (enau) dilancarkan (= diluncurkan).Amat cepat.
Bagai pucuk pisang didiang.Lemah sekali; tiada berdaya.
Bagai punggur rebah. (punggur = tunggul.)Jatuhnya orang yang gemuk.
Bagai puyu di air jernih.Senang hidupnya.
Bagai puyuh laga.Percakapan yang tak pernah habis.
Bagai rambut dibelah tujuh (= seribu)Sedikit (= kecil) sekali.
Bagai rasa batang pisang.Tubuh seseorang yang terlalu dingin.
Bagai rotan, asal berinsang dicucuk belaka.Tiada memilih (makanan atau perbuatan).
Bagai rupa tokak dibasuh. (tokak = kudis besar.)Sangat buruk.
Bagai rupa tungkahan. (tungkahan = kayu landasan di dapur.)Sangat buruk.
Bagai sambau di pintu kandang.Keadaan yang tidak tetap (sakit atau hidup melarat).
Bagai sambau di tengah jalan.Keadaan yang tidak tetap (sakit atau hidup melarat).
Bagai sayang kaki pada terompah.
Kasih sayang yang boleh ditinggal-tinggalkan, sesuatu yang digunakan pada waktu perlu saja.
Bagai semut penghimpun melukut.Orang yang rajin bekerja.
Bagai sepatung mandi.Sebentar amat.
Bagai serangkak tertimbakan. (serangkak (sirangkak) = ketam kecil.)Berjalan miring.
Bagai si buta pergi bergajah. (bergajah = menangkap gajah.)Pekerjaan yang sia-sia.
Bagai si kudung beroleh cincin.Beroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya.
Bagai si kudung pergi berbelut. (berbelut = menangkap belut.)Pekerjaan yang sia-sia.
Bagai si lumpuh hendak merantau.Ingin melakukan pekerjaan yang mustahil.
Bagai si mandul mendapat anak.Gembira kerana mendapat barang kesukaannya.
Bagai si pekak tertanya-tanya.Sangat ingin mendengar khabar.
Bagai siamang kurang kayu.Sangat susah hati kerana kekurangan barang-barang keperluan.
Bagai sumpit dihentakkan.Orang yang gemuk dan lembam.
Bagai susu dengan sakar, dibuat tengguli. (akar = gula; tengguli = air gula.)Sangat padan; bersetujuan benar.
Bagai tabut keling: di luar berkilat di dalam berongga.Baik di luar tetapi jahat hatinya.
Bagai tagar di Pulau Sembilan. (tagar = guruh, guntur.)Cakap terlalu tinggi dan sombong.
Bagai tanah pelempar balam; kalau mujur tiba di balam, kalau tidak surut ke tanah.Usaha yang tidak bersungguh-sungguh.
Bagai tanduk bersendi gading.Tidak sepadan.
Bagai tanduk diberkas.Sangat susah hendak menyatukan orang-orang yang berbagai-bagai fikirannya.
Bagai tekukur mengikut kata.Anak angkat yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkatnya.
Bagai tembilang bagai penggali; begitu yang hilang begitu pengganti. (tembilang = alat penggali lubang.)Yang diganti sama dengan yang hilang.
Bagai terung terantuk ke dinding.Datang berkunjung sebentar saja.
Bagai tikus membaiki labu.Hendak membetulkan barang yang tiada diketahui.
Bagai tikus membaiki labu.Hendak membetulkan barang yang tiada diketahui.
Bagai timun dendang: di luar merah di dalam pahit.Mulut manis hati busuk.
Bagai tokak lekat di kening.Malu yang tak dapat disembunyikan.
Bagai tulang dalam rongkongan.Sangat musykil.
Bagai tulisan di atas air.Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.
Bagai tuman makan anak.Berbuat pekerjaan cabul (terutama pada orang yang seharusnya mesti diperlindungi). tuman = Sejenis ikan sungai.
Bagai tunggul dihias.Rupa yang buruk.
Bagai tuntung jarum dilaga. (tuntung = hujung yang runcing.)Sesuatu yang tidak tetap (lekas berubah, rosak dan sebagainya).
Bagai tupai bergelut.Kehebatan rupa seseorang.
Bagai udang bertahi di kepala.Orang yang sentiasa berhutang.
Bagai ular dengan legundi (= lenggundi di mana legundi = sejenis tumbuhan.).Sangat terpikat kepada kekasih.
Bagai ulat nangka terhempas ke batu.Tidak serik.
Bagai umang-umang.Orang yang suka berpakaian bagus tetapi bukan miliknya sendiri. umang-umang = ketam di laut.
Bagai wau putus teraju.Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi.
Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya.Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.
Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya.Bagaimana perintah, begitulah yang diturut; bagaimana aksi begitulah reaksinya.
Bagaimana ditanam, begitulah dituai.Berbuat jahat dibalas jahat; berbuat baik dibalas baik.
Bagaimana hari takkan hujan, katak betung dalam telaga berteriak selalu.Selalu pergi bertamu ke rumah orang dengan tiada tentu saat ketikanya, tentulah perbuatan itu mendatangkan syak wasangka pada orang banyak.
Bagaimana kumbang putus tali.Amat cepat; terlepas daripada sengsara.
Bagaimana menanti arah hanyut.Mengharap sesuatu yang belum tentu.
Bagaimana pohon tiada akan tumbang dipanah halilintar, baluhan kulit ada di batangnya. (baluhan = batang yang sudah berlubang seperti gendang.)Orang yang bersahabat dengan orang jahat akhirnya akan ikut terlibat juga dalam kejahatannya.
Bagaimana rupa begitulah bayangnya.Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.
Bagaimana tepuk begitulah tarinya.Bagaimana perintah, begitulah yang diturut; bagaimana aksi begitulah reaksinya.
Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar, jika tidak kerana bunga kembang di taman.Bagaimana pemuda-pemuda tidak berulang-alik di dekat rumah, jika tidak kerana perawan cantik ada di situ.
Bagaimana tidak menggigit telunjuk, melihat air hujan turun keruh.Hairan melihat orang yang berketurunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh.
Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli.Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya).
Bahasa menunjukkan bangsa.Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya).
Bahaya tumbuh, sengketa habis.Perselisihan sesama sendiri hilang apabila berlaku sesuatu malapetaka.
Bahu memikul, hati menyokong.Dengan sukarela, tidak dengan dipaksa.
Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak.Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu.
Baik membawa resmi ayam betina, supaya tidak ada bencana. (resmi = sifat.)Lebih baik merendahkan diri, supaya selamat dalam hidup.
Baik membawa resmi padi, daripada membawa resmi lalang.Tidak sombong; rendah diri.
bajak patah, banteng terambau. (banteng = lembu; terambau = masuk jurang.)Kemalangan yang datangnya silih berganti.
bajak selalu di tanah yang lembut.Orang yang lemah selalu menderita.
bajak sudah terdorong ke bencah.Sudah tak dapat ditarik kembali.
Baji dahan membelah dahan.Orang yang berbuat baik kepada kita dengan harta kita sendiri.
Bak jung berat sebelah. (jung = sejenis kapal.)Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.
Bak anjing tersepit.Ketika menderita merendah diri meminta tolong, terlepas daripada kesusahan, meninggikan diri kembali.
Bak cetus api.Sangat cepat.
Bak mandi di air kiambang, pelak lepas gatal pun datang.Benda yang diperoleh, meskipun berguna, tetapi kemudian mendatangkan kesusahan. (pelak = panas, gerah.)
Bak manik putus tali (= pengarang).Air mata yang bercucuran.
Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang.Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang seba salah.
Bak menanti orang dulu, bak melalah orang kudian. (melalah = mengejar.)Melakukan sesuatu yang sia-sia.
Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian. (anak sasian = murid.)Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik.
Bak orang gombang di lebuh. (gombang = elok; lebuh = jalan raya.)Congkak di tengah jalan tetapi rumah tangganya tidak sempurna.
Bak pinang dianduh, putus tali dia berdiri. (dianduh = ditarik dengan tali.)Melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa.
Bak ras kuda pula kukuran.Orang miskin melakukan dirinya seperti orang kaya.
Bak rasa di liang lahad. (lahad = lubang kubur.)Dalam kesempitan.
Bak rasa ubi pula gadung. (gadung = ubi hutan)Orang miskin melakukan dirinya seperti orang kaya.
Bak tengguli ditukar cukaPertukaran yang amat bertentangan.
Bakal lesung tak dapat dijadikan balok.Kesilapan pada mula-mulanya merosakkan pekerjaan seterusnya.
Bakar air hendakkan abu.Pekerjaan yang sia-sia.
Bakar tak berapi.Cinta tidak dengan sebenarnya; cinta dengan diam-diam.
Bakar tak berbau.Tidak disangka sedikit jua; maksud jahat yang tersembunyi; tidak percaya.
Bakar tiada hangus.Sangat degil.
Bakarlah air ambil abunya.Pekerjaan yang sia-sia.
Bala lalu dibawa singgah.Sengaja mencari kesusahan.
Balam dengan ketitiran. (ketitiran = merbuk, perkutut.)Selalu bertengkar.
Balam dua sesangkar.Seorang perempuan dicintai oleh dua orang lelaki.
Balik belakang lain bicara.Mungkir janji.
Baling-baling di atas bukit. (baling-baling = penunjuk angin.)Pendirian yang tidak tetap.
Bandar terbuka dagangan murah, badan sudah tua.Sudah terlambat.
Bandot tua makan lalap muda. (bandot = kambing jantan; lalap = ulam, daun muda.)Lelaki tua beristerikan perempuan muda.
Bangaubangau, minta aku leher; badak, badak minta aku daging.Iri hati kerana melihat kelebihan seseorang.
Bangkai gajah bolehkah ditutup dengan nyiru ?Kejahatan yang besar tidak dapat disembunyikan.
Bangkai gajah busuk di hutan hendak ditanam, pekung di kaki sendiri dibiarkan meroyak. (pekung = tokak; meroyak = merambat ke kiri ke kanan.)Keburukan orang hendak ditutup, keburukan sendiri dibiarkan terdedah.
Bangsa bermuka papan.Tidak bermalu.
Bangsa teling tipis.Orang yang lekas marah.
Bangsar balur liat.Orang yang degil. balur = kulit keras.
Bangsat tak tahu disukarnya. (bangsat = miskin.)Orang bodoh yang tak tahu akan kekurangan dirinya.
Banyak air sedikit minyak, minyak juga di atas.Kedudukan yang tidak sama antara orang biasa dengan orang yang berpangkat.
Banyak habis, sedikit sedang.Tentang membelanjakan wang.
Banyak makan garam.Banyak pengalaman.
Banyak tukang di mata dan di mulut, sedikit tukang di tangan.Pandai berkata-kata saja tetapi tidak pandai mengerjakannya.
Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya.
Bapa burik anaknya tentu rintik.Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.
Barang di mana pun pantat periuk itu hitam juga.Di mana pun juga kesalahan tetap kesalahan.
Bau malaikat terhempas.Harum sekali, terutama tentang perempuan muda yang memakai wangi-wangian.
Baunya setahun pelayaran.Amat busuk sekali.
Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk.Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.
Bayan di tangan habis terlepas.Nasib yang malang.
Bayang-bayang disangka tubuh.Mengharapkan sesuatu yang belum pasti.
Bayang-bayang sepanjang badan (= tubuh).Berpadanan dengan tenaga; yang lahir serupa dengan yang batin.
Bayang-bayang tidak sepanjang badan.Berbuat sesuatu melebihi kemampuan sendiri.
Beban berat senggulung batu. (senggulung = kain (sabut dan sebagainya) yang digulung dan ditaruh di kepala untuk mengganjal barang yang dijunjung.)Tanggungan yang sangat berat.
Beban sudah di pintu.Anak gadis yang sudah besar.
Bekas tertarung lagi terkenang, apa pula hubungan nyawa.Tiada pernah lupa.
Belah dada lihatlah hati.Berkata benar.
Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam.Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga.
belalang dapat menuai.Mendapat keuntungan tidak dengan sengaja.
belalang disangka elang.Tiada pernah melihat sesuatu yang lebih.
belalang hendak menjadi elang.Orang bodoh (= hina) hendak berlaku sebagai orang besar (= pandai-pandai).
Belanga kurang, periuk yang melebih-lebih.Orang yang berhak tidak mengambil berat, sebaliknya orang lain pula yang bersusah payah.
Belayar atas angin. (atas angin = jurusan dari mana angin datang.)Berbuat sesuatu atas belanja orang lain.
Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang pandai.Segala pekerjaan, baik dikerjakan dengan pimpinan orang yang telah berpengalaman.
Belayar ke (di) pulau kapuk.Tidur.
Belayar mengadang (= menentang, menuju) pulau.Tiap-tiap perbuatan (pekerjaan) mestilah ada tujuannya.
Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar. (memapan = memasang papan untuk dinding, lantai dan sebagainya.)Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
Beliung yang besar hayun, kecil makannya.Besar cakap tetapi hasilnya sedikit.
Belukar sudah menjadi rimba.Kesalahan yang tidak dapat diperbaiki lagi.
Belum beranak sudah berbesan.Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya.
Belum beranak sudah ditimang.Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya.
Belum bergigi hendak mengunyah.Hendak melakukan sesuatu tetapi alat syaratnya belum ada.
Belum bergigi sudah hendak menggigit.Belum berkuasa sudah berangan-angan untuk menindas.
Belum berkilat sudah berkilau, bulan sangkap tiga puluh. (sangkap = genap, cukup.)Perkara yang sudah terang.
Belum berkuku hendak mencubit (= menggaruk).Belum berkuasa sudah berangan-angan untuk menindas.
Belum bertaji hendak berkokok.Belum berilmu sudah hendak menyombong.
Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri.Hendak berlagak seperti orang tua-tua.
Belum diajun sudah tertarung. (ajun = maksud hendak (berbuat, berjalan dan sebagainya).)Baru hendak memulai sesuatu sudah mendapat kemalangan.
Belum dipanjat asap kemenyan.Belum kahwin.
Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang.Orang yang arif dan rajin.
Belum ditumbuk belumlah bengkak.Apabila sudah berbudi barulah ada tanda balas.
Belum duduk berlunjur dulu.Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu.
Belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berdiri.Hendak berlagak seperti orang tua-tua.
Belum menetas sudah dibilang.Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya.
Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah.Hendak berlagak seperti orang tua-tua.
Belum sekuku.Amat sedikit.
Belum tahu di masin garam.Belum ada pengalaman.
Belum tahu di pedas lada.Belum ada pengalaman.
Belum tahu laba rugi.Belum tahu baik buruk.
Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga (= disabung).Belum ada keputusan.
Belum tegak hendak berlari.Melakukan sesuatu tidak menurut aturan yang biasa.
Belum tentu hilir mudiknya.Belum ada keputusan.
Belum tentu hitam putihnya.Belum ada keputusan.
Belum tentu si upik si buyungnya.Belum ada keputusan.
Belum tentu si upik si buyungnya.Belum ada keputusan.
Belum tuarang panjang, buah sengkuang sebesar betis. (tuarang = musim kemarau.)Khabar angin yang dilebih-lebihkan.
Belut jatuh ke lumpur.Senang sekali.
Belut kena ranjau (= getah).Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga.
Belut pulang ke lumpur.Kembali ke asalnya.
Bembam bukan terung.
(bembam (membembam) = membakar di dalam abu panas.)
Menceritakan kelebihan diri sendiri; tidak dapat diperlakukan dengan sesuka hati.
Benang arang orang jangan dipijak.
(benang arang = benang yang dipakai tukang kayu untuk menggaris.)
Jangan mencabuli rumah tangga orang.
Benang bercerai-cerai bukannya kain, dek rapat tetal tenunan kain, jarum pun tidak menelusnya. (tetal = padat; telus = celus.)Ketangguhan bersatu padu.
Benci akan mencit seekor, rengkiang disunu. (mencit = tikus; rengkiang = lumbung; sunu = bakar.)Sebab takut akan bahaya yang kecil keuntungan yang besar dibuangkan.
Bengkok batang bengkoklah bayangnya.Mengikut ajaran yang salah.
Berair kerongkongan. (kerongkongan = pembuluh nafas.)Mendapat rezeki.
Beraja di hati, bersultan di mata.Menuruti kehendak hati sendiri.
Beraja di mata, bersultan di hati.Menurut kehendak hati sendiri.
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian.Supaya mendapat kesenangan kelak, harus berani bersusah payah dahulu.
Beralih kain di balik rumah; beralih cakap di balik lidah.Tidak menepati janji.
Beranak kandung, beranak tiri: ada bersudu daun labu, ada bersudu daun lalang.Sikap yang tidak adil.
Beranak tiada berbidan.Mendapat kesusahan (kecelakaan dan sebagainya) kerana salahnya sendiri.
Berani hilang tak hilang, berani mati tak mati.Siapa yang berani akhirnya akan menang juga.
Berani kerana benar, takut kerana salah.Bertindak kerana berada di pihak yang benar.
Berani menjual berani membeli, berani pegang berani tanggung.Barang siapa berani menganjurkan, harus berani mengerjakannya.
Berani senduk pengedang, air hangat direnanginya. (senduk pengedang = senduk pencedok air panas dari periuk.)Berani dengan membuta tuli.
Berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul.Berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah juga orang yang menderita kesusahan itu.
Berapa panjang lunjur, begitulah panjang selimut.Berbuat sesuatu hendaklah menurut kesanggupan diri sendiri.
Berapa panjang sarung begitulah kerisnya.Berbuat sesuatu hendaklah menurut kesanggupan diri sendiri.
Berapalah besar dan dalam laut Kalzum, besar dan dalam lagilah dada manusia.Hati manusia tak dapat diduga.
Berapalah tajam pisau parang, tajamlah lagi mulut manusia.Mulut itu lebih tajam daripada senjata.
Berarak ke tebing. (berarak = berjalan.)Selalu merasa khuatir.
Berarak tidak berlari.Bekerja bersama-sama yang menggirangkan hati.
Berat beban yang sedikit dek hati sakit.Kerja yang dipaksa biar berapa ringan sekalipun akan terasa berat juga.
Berat hati beratlah tulang.Pekerjaan yang dilakukan dengan enggan akan terasalah beratnya.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.Suka duka sama-sama ditanggung.
Berat sepikul, ringan sejinjing.Baik buruk sama-sama dipikul; bekerja gotong-royong.
Berbalik-balik bagai kuda tercirit.Perkara yang sudah diputuskan, kemudian ditimbulkan kembali.
Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam.Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar.
Berbaur pangkal perceraian.Jika terlalu karib mudahlah timbul perselisihan.
Berbelok kucing main daun.Kehebatan rupa seseorang.
Berbenak ke empu kaki.Tidak peduli baik atau jahat.
Berbilang dari esa, mengaji dari alif.Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan.
Berbisik kedengaran, berimbau kelampauan.Jarak yang sangat dekat.
Berbuat di alang tahun, belayar di luar musim. (alang = tengah-tengah; berbuat = maksudnya: turun ke sawah atau ke ladang.)Mengerjakan sesuatu bukan pada waktunya.
Berbuat kerja seperti Mak Judai.Selalu membengkalaikan pekerjaannya.
Berbuat kerja seperti yajud wa majud. (yajud wa majud = sukubangsa yang akan membinasakan dunia apabila telah hampir kiamat.)Seseorang yang bekerja setengah jalan kerana malas atau kerana kesibukannya.
Berbudi bagai pisang lebat. (berbudi = maksudnya: menggahkan diri.)Seseorang yang beroleh bencana kerana menggahkan dirinya.
Berbukit di balik pendakian.Kesusahan yang silih berganti.
Berbulu mata melihat.Sangat benci.
Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah, dia tidak.Mengandung tetapi selalu keguguran.
Berbunyi batu berbunyilah dia.Tidak dapat berkata-kata kerana tembelangnya sudah pecah.
Bercabang bagai lidah biawak.Tidak dapat dipercayai barang katanya.
Bercabik kulit belumlah tentu, bercabik kain bolehlah.Belum dapat diharap dengan kerja yang susah-susah.
Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang.Memperkatakan sesuatu hal orang lain hendaklah berhati-hati.
Bercampur dengan orang pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak. (cecak = copet.)Bercampur dengan orang jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula.
Bercermin di air keruh.Mencontohi perbuatan yang kurang baik.
Bercintakan geliga di mulut naga.Mengharapkan sesuatu yang mustahil.
Berdenah tidak, terpeluk sarang tabuhan.Mendapat kesusahan (kecelakaan) kerana takut akan sesuatu yang sebenarnya tidak patut ditakutkan. tabuhan = tebuan.
Berdengking si tua memekik, mustahil akan menggigit jema. (si tua =harimau; jema = orang.)Orang yang terlalu marah serta berteriak-teriak, biasanya tidak sampai mempergunakan tangan akan memukul.
Berdiang di abu dingin.Tidak memperolehi pertolongan daripada saudara sendiri, ketika dalam kesusahan, kerana ia juga dalam keadaan yang serupa; tidak mendapat suguhan waktu bertamu di rumah orang lain.
Berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit.Cermat.
Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.Sama setaraf.
Berdua mendatangkan perbantahan.Tidak mungkin timbul perselisihan kalau hanya seorang diri.
Berdua terkunci, bertiga terbuka.Rahsia hanya dapat disimpan di antara dua orang saja.
Berebut temiang hanyut, tangan luka, temiang tak dapat. (temiang = sejenis buluh tipis.)Berkelahi merebutkan sesuatu barang: barangannya tak dapat, badan luka-luka.
Berek-berek laga siang, malam sekelelapan. (berek-berek = burung yang suka berkawan-berkawan; sekelelapan = tidur bersama-sama.)Dua golongan yang lahirnya selalu berselisih tetapi batinnya semuafakat.
Beremas kemas, berpadi menjadi.Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai.
Berendam di tempayan pekasam.Duduk berleka di rumah perempuan jahat.
Berendam sesayak air, berpaut sejengkal tali.Hidup dalam kemelaratan.
Berenyai bak hujan pagi.Bekerja atau bercakap lambat-lambat.
Bergalah ke hilir tertawa buaya, bersuluh di bulan terang tertawaharimau.Membuat pekerjaan yang sia-sia.
Bergantung (di) rambut sehelai.Dalam keadaan yang sangat berbahaya.
Bergantung di hujung kuku.Dalam keadaan yang sangat berbahaya.
Bergantung pada akar lapuk.Berharapan kepada orang yang tak berkuasa.
Bergantung pada tali rapuh.Menyandarkan hidupnya pada orang (jabatan, pekerjaan dan sebagainya) yang kurang kuat atau tidak tetap.
Bergantung sehasta tali.Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak.
Bergantung tidak bertali.Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak.
Bergedang air orang.Pekerjaan yang memberi untung kepada orang lain.
Bergelanggang di mata orang banyak.Terang atau nyata sekali.
Bergurindam di tengah rimba.Menunjukkan kepandaian di depan orang yang bodoh.
Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.Pelajaran yang tiada sempurna dituntut, tiadalah akan mendatangkan faedah.
Berhadap kasih mesra, balik belakang lain bicara.Tidak teguh janji.
Berhakim kepada beruk.Minta pertimbangan (keadilan dan sebagainya) kepada orang yang tamak, nescaya akan merugi.
Berhambakan tangan, bersaksikan mata, berhakimkan hati.Berfikirlah dulu dengan masak-masak sebelum membuat sesuatu perkara.
Berhampar lapik, berlicin daun.Bermuafakat mencari penyelesaian yang baik dengan setulus-tulus hati, tidak ada menyembunyikan perasaan-perasaan yang buruk.
Berhanyut ke hilir mengepit kemudi sajalah.Sesuatu pekerjaan yang dikerjakan oleh orang pandai (= rajin) maka tidaklah payah diawasi terlalu sangat.
Berharga di atas rupa, bercupak di atas tumbuh. (di atas rupa = melihat rupa; bercupak di atas tumbuh = adat diisi apabila sesuatu mengenai adat itu terjadi.)Tiap-tiap sesuatu hendaklah pada tempatnya.
Berhati baja, berurat kawat.Tabah dan keras hati.
Berhubung kerana hendak panjang, berkampuh kerana hendak lebar.Perhubungan kekeluargaan melalui perkahwinan.
Beriak tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh.Orang yang sombong, besar cakap tidak berisi.
Berinduk semang kepada janda, bagai dokoh tali anjing.Orang yang masih membuat perhubungan dengan jandanya ialah suatu perbuatan yang dicerca oleh orang ramai. (dokoh = perhiasan leher; induk semang = perempuan yang punya rumah tempat orang menumpang; orang yang memberi pekerjaan.)
Berjalan dari pintu belakang.Tidak jujur, tidak menurut aturan yang sah.
Berjalan jauh banyak dilihat.Banyak pengalaman kalau bepergian ke mana-mana.
Berjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah.Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau.Sesuatu usaha hendaklah dikerjakan sampai selesai.
Berjalan selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan.Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan. (menghadap surut = menengok ke belakang.)
Berjanjang naik, bertangga turun.Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim.
Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati.Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan.
Berjual pisang kepada monyet.Berjual dengan memberi hutang.
Berjumpa dengan putih, terlesi sangat.Tidak berasa puas dengan sesuatu yang telah diperoleh. (lesi (lesih) = terlalu putih.)
Berkain tak cukup sebelit pinggang.Kemiskinan yang amat sangat.
Berkandilkan bulan.Tidak mempunyai rumah tempat tinggal.
Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar.Jika hendak membicarakan sesuatu, harus berhati-hati jangan sampai menyinggung perasaan orang.
Berkata-kata dengan lutut.Berkata-kata dengan orang yang bodoh.
Berkaul kepada (= ke tempat) keramat.Meminta sesuatu hendaklah pada tempatnya.
Berkayuh sambil bertimba.Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
Berkayuh sambil ke hilir.Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
Berkayuh sampan bocor.Kehidupan yang sangat melarat.
Berkelahi dalam kepuk.Sesuatu perkara yang sulit diselesaikan (susah dan sukar).
Berkelahi dengan orang tak berambut.Berselisih dengan orang yang kurang sempurna akalnya.
Berkelahi di dalam mimpi.Berlelah-lelah dengan sia-sia saja.
Berkelahi di ekor alahan.Memperbantahkan sesuatu yang tidak penting atau yang sudah diselesaikan. (alahan = bekas alur sungai, bendungan.)
Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang.Orang berkelahi atau bertengkar yang akhirnya berbaik kembali.
Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian.Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal.
Berkelahi seperti labah-labah dalam gelas.Perkelahian yang sangat hebat di tempat yang sangat sempit.
Berkelambukan gua.Tidak mempunyai rumah tempat tinggal.
Berkemudi di haluan, bergilir ke buritan.Orang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya).
Berkemudi ke rusuk.Orang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya).
Berkepanjangan bagai agam.Perbuatan atau perkataan yang tidak ada hujungnya.
Berkeras tidak berkeris.Bertindak keras tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk mempertahankan dirinya.
Berkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang.Orang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya.
Berkering air liur.Nasihat yang sia-sia.
Berketak ayam di darat, bersenyap-senyap mutiara di laut.Orang bodoh suka menunjukkan kerja yang dibuatnya, tetapi orang yang bijaksana membuat kerja hanya dengan diam-diam saja.
Berketak ayam mandul; orang berketak ia berketak, orang bertelur ia tidak.Orang yang bernasib malang, walau bagaimanapun meniru orang lain, tetapi nasibnya tetap tidak berubah.
Berketak ayam, tahu akan bertelur atau tidak.Orang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak.
Berketak dulu sebelum bertelur.Bersuka-ria dan bermegah-megah kerana mengharapkan keuntungan daripada sesuatu pekerjaan yang belum dilakukan.
Berketuk (= berkotek) di luar sangkar, bertanam di luar pagar.Memajukan keterangan dan sebagainya sesudah perkara diputuskan.
Berketuk ayam dalam telur.Anak-anak atau orang bodoh yang turut merundingkan sesuatu perkara yang tidak diketahuinya.
Berkokok di luar gelanggang, bila ke tengah menyusup di bawah kelengkang.Bercakap besar di belakang tetapi bila berhadapan mengaku kalah.
Berkotakan (= berkubukan, bernegerikan) betis.Tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap.
Berkuah air mata.Selalu menderita susah.
Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek.Persahabatan yang sangat karib.
Berkuak pedang, berbelah buluh.Membahagi-bahagikan harta pencarian kerana bercerai atau putus persaudaraan.
Berkubu sebelum alah.Berjaga-jaga sebelum mendapat kesusahan.
Berlaki anak semang. (anak semang = orang gajian.)Perempuan yang buruk kelakuannya.
Berlapik seketiduran, sebantal sekalang hulu.Persahabatan yang sangat karib. (kalang = galang.)
Berlidah di lidah orang.Hanya menurut apa yang dikatakan orang.
Berlindung di balik telunjuk.Rahsia yang tak dapat disembunyikan.
Berlompat sama jatuh, menyorok sama membongkok.Persahabatan yang sangat karib.
Berlurah di balik pendakian.Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya.
Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka.Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya.
Bermain-main dengan kerbau, dilontarnya muka dengan ekornya.Berkawan dengan orang bodoh, tentu menanggung kerugian.
Bermata mata kayu, bertelinga telinga kuali.Tiada menaruh perhatian kepada apa yang dilihat dan didengar.
Bermayang-mayang menjadi mumbang.Selalu mengandung tetapi tidak pernah mendapat anak kerana keguguran atau anaknya itu mati.
Bermimpi mendapat emas, takkan membuat pura; bermimpi mendapat padi, takkan membuat lumbung.Menasihati supaya membuat perdamaian dalam sesuatu perselisihan, pandanglah perselisihan itu seperti mimpi yang tak dapat diterima sebagai suatu kenyataan.
Berminyak biar lecah (= licin).Janganlah kepalang tanggung dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Berminyak tak licin.Setengah-setengah tidak sampai selesai.
Bermulut di mulut orang.Hanya menurut apa yang dikatakan orang.
Bernafas keluar badan.Lebih percaya kepada pendapat orang lain daripada pendapatnya sendiri.
Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.Membuat pekerjaan yang sia-sia.
Berniaga di hujung lidah.Orang pandai yang tak jujur, suka menipu dan sebagainya.
Beroja berpegang ekor. (beroja = menggalaki.)Kepercayaan yang setengah hati.
Beroleh (= mendapat) hidung panjang.Mendapat malu.
Beroleh lumpur di tempat yang kering.Mendapat kesusahan yang tidak tersangka-sangka.
Beroleh sehasta hendak sedepa.Diberi sedikit lalu hendak minta banyak.
Berpatah arang berkerat rotan.Memutukan tali persahabatan (persaudaraan).
Berpaut sehasta tali.Tidak dapat berbuat sekehendak hati.
Berpaut tidak bertali.Belum putus perkaranya; belum diberi surat cerai (tentang perempuan yang minta cerai).
Berpesan berturuti, harap ada percaya tidak.Mempercayai sesuatu kepada seseorang tetapi tidak dengan sepenuh hati.
Berpindah ke balik papan.Meninggal dunia.
Berpusing-pusing seperti baling-baling.Kehidupan yang tiada tetap.
Berputik dulu baru berbungabuahnya jarang dimakan beruk (= monyet).Perempuan yang hamil sebelum kahwin.
Bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga.Apabila jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. (benang bulang = benang pengikat taji ke kakiayam yang akan disabung.)
Bersaksi ke lutut.Minta pertimbangan kepada orang yang bodoh; sahabat atau sanak saudara dijadikan saksi.
Bersalai tidak berapi. (salai = dipanaskan atau dikeringkan.)Perempuan yang belum bersuami, tetapi sudah mengandung.
Bersandar di batang rengas, gatallah badan.Orang yang berhampiran dengan raja atau orang besar yang zalim, akhirnya ia sendiri mendapat kesusahan.
Bersandar dilemang hangat.Berlindung kepada orang yang zalim, binasalah akhirnya.
Bersarak serasa hilang, bercerai serasa mati.Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan. (sarak = pisah.)
Bersawah seperempat piring, ke sawah sama dengan orang.Orang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya.
Bersawah sepiring tidak, 'kan tempat sepasin bertanya.Kemiskinan yang amat sangat. (sepasin = binatang yang akan menjadi sepatung.)
Berseleleran bagai getah di lalang.Percakapan atau pembicaraan yang tidak keruan.
Berselimut kain cukin; ditutup kepala kaki terbuka, ditutup kaki kepala terdedah.Serba tak cukup (miskin). (cukin = kain basahan atau kain kecil penutup dada waktu makan.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan