Berikut ialah senarai peribahasa yang bermula dengan huruf "S".
| Peribahasa | Maknanya |
|---|---|
| Salai tidak berapi. | Perempuan hamil yang ditinggalkan suaminya. |
| Sauk air mandikan diri. | Orang yang hidup di atas usaha sendiri. |
| Sayang buah kepayang dimakan mabuk dibuang sayang. | Sesuatu keadaan yang dalam serba salah. |
| Sebab mutiara sebiji, lautan dalam diselam orang. | Orang yang berilmu itu biar di mana pun ia tinggal tetap dicari orang. |
| Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. | Kecelakaan yang timbul akibat terlepas cakap. |
| Sebab nila setitik rosak susu sebelanga. | Kerana kejahatan yang sedikit semua kebaikan menjadi rosak. |
| Sebelum ajal berpantang maut. | Tidak akan mati sebelum tiba ajalnya. |
| Seberapa panjang sarungnya begitulah panjang matanya. | Perangai yang baik atau jahat menunjukkan sedikit atau banyak ilmu seseorang. |
| Selimat kain tiga hasta, ditarik ke atas bawah terbuka, ditarik ke bawah atas pula terbuka. | Sesuatu yang tidak mencukupi untuk keperluan. Sulit untuk mengaturkanya. |
| Seludang menolak mayang. | Telah kelihatan isi hatinya. |
| Senjata makan tuan. | Sesuatu yang dipergunakan untuk alasannya tetapi mengena dirinya sendiri. |
| Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. | Seseorang yang hebat dalam sesuatu perkara tetap ada kelemahannya. |
| Seperti anai-anai makan kayu. | Mengerjakan sesuatu perkara dengan begitu tekun sekali. |
| Seperti anjing bertemu pasir. | Orang yang telah menjumpai barang kesukaanya. |
| Seperti api dengan asap. | Pertalian yang tidak dapat diputuskan. |
| Seperti api di dalam sekam. | Perasaan dendam yang tersembunyi. |
| Seperti bangsi buluh perindu. | Suara yang merdu dan lemah lembut. |
| Seperti benang putih. | Orang yang menurut tanpa membantah. |
| Seperti emas baru disepuh. | Kecantikan rupa paras seorang wanita. |
| Seperti ikan kena tuba. | Orang yang tidak berdaya lagi. |
| Seperti kucing dapat tikus. | Orang yang tidak tahu duduk diam. |
| Seperti tikus jatuh ke beras. | Orang yang terlalu gembira. |
| Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. | Hendaklah berfikir semasak-masaknya sebelum membuat sesuatu keputusan. |
| Siapa yang makan nangka dia yang terkena getahnya. | Siapa yang bersalah orang itu yang harus dihukum. |
| Sirih pulang ke gagang. | Kembali ke tempat asalnya. |
| Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. | Orang yang berpura-pura tidak tahu. |
| Sukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya. | Sukakan sesuatu kerana faedah yang diperolehi darinya. |
| Sungguhpun lemak santan akhirnya basi jua. | Orang muda yang cantik itu akhirnya akan tua juga. |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan