Jumaat, 14 September 2012

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011

Majlis pencapaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Kementerian Pelajaran Malaysia 2011
Peringkat Daerah Batu Pahat

15 September 2012, 8.00 pagi
Bertempat di Dewan Sri Budiman IPG Kampus Tun Hussein Onn
Batu Pahat, Johor.

Majlis disempurnakan oleh:
Encik Mohd Nor bin A.Ghani
Pengarah Pejalan Johor



No 317 daripada 574




Sabtu, 1 September 2012

BMM3105 Interaksi 5

BMM3105 Interaksi 5

BMM3105 Interaksi 4

BMM3105 Interaksi 4

BMM3105 Interaksi 3

BMM3105 Interaksi 3

BMM3105 Interaksi 2

BMM3105 Interaksi 2

BMM3105 Interaksi 1

BMM3105 Interaksi 1

Agihan Tajuk BMM3105

Agihan Tajuk BMM3105

Bas

Bas merupakan sebuah kenderaan jalan raya yang besar serta direka bentuk untuk membawa penumpang yang ramai sebagai tambahan kepada pemandu dan kadang-kadang konduktor bas. Perkataan bas berasal daripada perkataan Latin omnibus, yang bermaksud 'untuk semua'. Nama penuh bas ialah 'Kenderaan Omnibas' - bermaksud 'kenderaan untuk semua'.


Jenis perkhidmatan bas

Bas transit tempatan di CanberraACT.
  • Bas transit tempatan - Menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam bagi kawasan dalam sesuatu bandar, dengan jarak sekitar beberapa kilometer sahaja.
  • Bas antara bandar - Juga dikenali sebagai bas henti-henti, bas ini menyediakan perkhidmatan di sepanjang laluannya di antara dua bandar utama, termasuklah di kawasan kampung atau pekan-pekan kecil di sepanjang laluannya.
  • Bas shuttle - Menyediakan perkhidmatan pengangkutan di antara dua destinasi, misalnya dari lapangan terbang ke pusat bandar raya. Bas-bas oleh pusat pelancongan serta kolej dan universiti juga dikategorikan sebagai bas shuttle.
  • Bas persiaran - Disediakan bagi menunjukkan tempat-tempat menarik kepada pelancong dengan menaiki bas tersebut. Biasanya apabila bas persiaran melalui tempat-tempat menarik, pemandu pelancong akan memberi penerangan mengenai tempat-tempat tersebut kepada pelancong. Bas-bas persiaran jarak jauh biasanya membenarkan pelancong untuk turun seketika di beberapa tempat menarik.
  • Bas sekolah - Menyediakan perkhidmatan pengangkutan transit tempatan kepada pelajar-pelajar sekolah.
  • Bas Pekerja Digunakan untuk menghantar dan mengambil balik pekerja dari tempat kediaman mereka ke kilang tempat mereka bertugas.
  • Bas Ekspres Memberikan perkhidmatan jarak jauh antara bandar-bandar besar.
Terdapat juga Bas Ekspres Eksekutif yang mengenakan tambang lebih mahal tetapi dengan beberapa kelebihan seumpama layanan di dalam kapalterbang merangkumi keselesaan, makanan dan minuman serta ruang duduk yang lebih luas.



Jenis bas

Bas ekspres merah (Expresso Biarticulado) di CuritibaBrazil.
Bas ekspres yang diletakkan di Chichen ItzaMexico.
  • Bas komuter (juga dikenali sebagai bas transit) biasanya mempunyai dua gandar serta dua pintu (hadapan dan tengah). Tempat duduk bas komuter selalunya terhad serta mempunyai ruang untuk penumpang berdiri. Ruang meletak barang juga tidak disediakan kerana ketinggian lantai yang rendah.
  • Bas sekolah juga serupa seperti bas komuter, tetapi disesuaikan untuk kegunaan pelajar sekolah.
  • Bas elektrik yang menggunakan tenaga elektrik daripada bateri.
  • Tram atau bas troli merupakan sejenis bas elektrik tetapi memperoleh bekalan kuasa elektrik daripada talian elektrik bertiang.
  • Bas hibrid atau bas kacukan yang menggunakan gabungan sumber elektrik daripada bateri dengan enjin pembakaran dalaman.
  • Bas ekspres atau koc adalah lebih berat, selalunya mempunyai tiga gandar dengan hanya satu pintu utama dan tiada ruang berdiri. Kerusi penumpang di dalam bas ekspres pula adalah lembut, selesa serta boleh dilaras. Ketinggian lantainya juga tinggi, membolehkan ruang meletak yang besar turut disediakan. Di samping itu, terdapat juga rak kecil di atas kepala bagi menempatkan barang-barang yang lebih kecil.



Beca

Beca merupakan kenderaan beroda tiga yang berasal dari lanca. Beca di Malaysia, dalam rekod bertulis, bermula di Singapura pada 1914 apabila 15 beca didaftar dan diperkenal sebagai basikal roda tiga Taman Upton. Beca ini mempunyai pengayuh disebelah sisi penumpang. Terdapat juga model beca dengan pengayuh di belakang atau di hadapan penumpang. Bumbung juga dipasang bagi memberi teduhan kepada penumpang.


Rekod beca terawal adalah apabila ia digunakan di Singapura pada 1914 apabila 15 beca didaftar dan diperkenal sebagai basikal roda tiga Taman Upton. Bagaimanapun ia didapati sukar dikendalikan melalui jalan yang sempit dan berliku-liku berbanding lanca yang ditarik manusia. Oleh sebab kerana itu, batch beca pertama 1914 kemudiannya dijual dan bawa keJawa. Hanya pada akhir 1920-an beca kembali diperkenalkan di Singapura dan kegunaannya meningkat dengan kedatangan migran China yang mendapati membawa beca memberikan pendapatan yang baik. Beca kemudian menjadi semakin popular di MalaysiaIndonesiaVietnam dan seluruh Asia.


Beca digunakan bagi mengangkut penumpang, tetapi terdapat juga beca yang digunakan khusus bagi mengangkut barang-barang.


Menjelang Perang Dunia II dan selepasnya, kekurangan petrol telah melonjak beca sebagai sistem pengangkutan yang murah dan boleh diharap.
Pada masa kini, beca masih digunakan tetapi penggunaannya semakin berkurangan. Ini disebabkan kerjanya memenatkan dan pendapatannya sedikit dan tidak menentu. Biasanya beca banyak didapati berhampiran tempat tarikan pelancong.
Di Indonesia, banyak beca telah dirampas dan dilupuskan sebagai tukun, sebagai langkah kerajaan menghapuskan perkhidmatan beca tanpa lesen.



Jumaat, 31 Ogos 2012

Motosikal


Motosikal adalah sejenis kenderaan berodua dua yang berenjin serta boleh dilesenkan untuk digunakan di atas jalan raya. Sebuah motosikal berupaya membawa seorang penunggang serta seorang pembonceng. Motosikal lazimnya digerakkan oleh enjin petrol kecil sama ada 2 lejang atau 4 lejang dengan kapasiti enjin antara 50 cc sehingga sebesar 2000 cc. Kebanyakan motosikal mempunyai tangki minyak berbentuk air mata di bahagian atas hadapan motosikal antara bar pemegang dan tempat duduk penunggang, tetapi motosikal jenis skuter dan kapcai pula mempunyai tangki minyak di bawah tempat duduk.


Motosikal bergerak berasaskan hukum giroskopik sebagaimana basikal. Melalui hukum ini, motosikal hanya akan tegak apabila bergerak. Ketika di selekoh, daya emparan yang terhasil akan menjejaskan kestabilan motosikal, oleh itu penunggang perlu menunggang condong sedikit mengikut arah selekoh bagi mengimbangi daya emparan tersebut.


Selain kestabilan, kelemahan utama motosikal ialah tiada perlindungan terhadap cuaca buruk serta penunggang motosikal amat mudah terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya. Sungguhpun demikian, motosikal adalah satu bentuk pengangkutan yang tetap diminati oleh sebahagian pengguna jalan raya kerana menjimatkan bahan api, murah, mudah dimiliki serta penunggang boleh mencelah ketika jalan raya sesak.

Sejarah

Replika motosikal Daimler-MaybachReitwagen.
Sejarah motosikal bermula apabila manusia cuba untuk memasang enjin pada basikal. Berikutan dengan itulah terhasilnya motosikal pertama di dunia yang digerakkan oleh enjin wap, diikuti dengan motosikal yang menggunakan enjin petrol pada akhir kurun ke-19. Sejak daripada itulah rekaan motosikal terus berevolusi mengikut zaman sehinggalah kepada model-model motosikal terkini yang dapat kita lihat pada hari ini.
Motosikal berkuasa petrol terawal dicipta oleh Gottlieb Daimler dan Wilhelm Maybach pada tahun 1885. Hanya pada tahun 1894 motosikal mula dijual kepada orang ramai dan model pertama yang dijual adalah Hildebrand & Wolfmüller buatan Jerman.
Sejarah awal motosikal bermula di benua Eropah dan Amerika Syarikat, namun pada hari ini industri motosikal sebahagian besarnya dikuasai oleh pengeluar-pengeluar dari Jepun sepertiHondaYamahaSuzuki dan KawasakiMalaysia juga tidak ketinggalan untuk mengeluarkan motosikal sendiri melalui penubuhan Modenas pada tahun 1995.


Jenis motosikal

Motosikal pada lazimnya boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:-
Motosikal Yamaha YZF-R1.
Motosikal Honda Gold Wing.
Motosikal Harley-Davidson Electra Gilde.
  • Motosikal sport - Motosikal sport lazimnya menggunakan enjin DOHC berkuasa tinggi antara serendah 50 cc 2 lejang hingga sebesar lebih 1400 cc 4 lejang. Kerangkanya direka dengan kukuh dan tegar agar dapat menampung kuasa enjin serta kelajuan yang tinggi, dan lazimnya kerangka superbike adalah dari jenis aluminium spar berkembar. Tempat duduk serta bar pemegang motosikal superbike dibuat rendah untuk merendahkan tapak graviti agar motosikal menjadi stabil pada kelajuan tinggi. Motosikal sport secara lazimnya mampu mencapai kelajuan tinggi, oleh itu motosikal sport sering digunakan di dalam perlumbaan. Motosikal sport lazimnya dibahagikan kepada beberapa kategori seperti hyper sport (1100 - 1400 cc), superbike (800 - 1100 cc), super sport (600 - 800 cc) dan motosikal sport kecil (50 - 400 cc).
  • Sports touring - Motosikal jenis sports touring mempunyai bentuk fizikal yang hampir sama dengan motosikal superbike, tetapi beberapa perubahan dilakukan untuk memberi keselesaan kepada penunggang semasa perjalanan jauh. Tempat duduk serta bar pemegang ditinggikan untuk memberi keselesaan. Enjin juga ditala agar lebih menjimatkan bahan api.
  • Cruiser - Motosikal cruiser direka untuk perjalanan jauh. Biasanya enjin bagi sebuah motosikal cruiser mempunyai putaran enjin yang rendah, oleh itu enjin cruiser mempunyai kilasan yang tinggi tetapi kuasa kuda yang tidak begitu tinggi, oleh itu motosikal cruiser menjimatkan bahan api.
  • American cruiser / Chopper - Motosikal chopper adalah sejenis motosikal cruiser yang paling digemari di Amerika Syarikat. Motosikal chopper mempunyai bar pemegang yang tinggi, tempat duduk rendah, roda belakang yang jauh lebih besar daripada roda hadapan, pemijak kaki hadapan yang terletak jauh di bahagian hadapan serta digerakkan oleh enjin V berkembar sejukan udara. Secara amnya, motosikal chopper adalah berasaskan rekabentuk model-model motosikal Harley-Davidson.
  • Naked - Motosikal naked mendapat gelaran sedemikian kerana motosikal jenis sebegini menampakkan enjinnya serta tidak mempunyai fairing. Sifat enjinnya serta pengendaliannya adalah sama dengan motosikal sports touring.
  • Motocross / off-road - Motosikal jenis motocross direka untuk digunakan di luar jalan raya iaitu di jalan tanah merah yang tidak rata. Motosikal motocross mempunyai tempat duduk dan hendal yang tinggi, roda berjejari besar serta sistem suspensinya adalah keras dan mempunyai gerakan yang besar untuk menyerap daya hentakan di jalan tanah merah yang tentunya lebih kuat berbanding di jalan raya. Tayar motosikal motocross juga mempunyai bunga yang banyak bagi mengukuhkan cengkaman di jalan tanah merah.
  • Dual-purpose - Motosikal dwikegunaan ini mempunyai bentuk fizikal yang sama seperti motosikal motocross tetapi dipadankan agar selesa digunakan di atas jalan raya biasa.
  • Skuter - Motosikal skuter lazimnya ditenagai enjin kecil antara 50 cc hingga 150 cc, tetapi terdapat model-model skuter besar dengan kapasiti antara 250 cc hingga 900 cc. Motosikal skuter amat popular di Eropah kerana menjimatkan minyak serta mudah dikendalikan. Enjin skuter lazimnya terletak di bahagian bawah tengah dan lazimnya terdiri daripada enjin 1 silinder untuk meninggikan kilasan. Model-model skuter terawal menggunakan transmisi manual, tetapi hampir semua model skuter terkini menggunakan transmisi automatik CVT. Tangki minyak skuter kecil terletak di bawah tempat duduk, tetapi tangki minyak skuter besar pula terletak di bahagian hadapan. Skuter moden pada hari ini mempunyai ruang simpanan barang di bawah tempat duduk. Motosikal skuter direka berasaskan model skuter Piaggio Vespa.
  • Kapcai - Motosikal kapcai adalah model motosikal kecil yang amat popular di Asia berikutan kadar penggunaan bahan api yang rendah. Motosikal kapcai juga terdapat di Eropah, tetapi ia juga dipanggil skuter di sana. Motosikal kapcai digerakkan oleh enjin kecil antara 50 cc hingga 125 cc, oleh itu motosikal skuter amat menjimatkan bahan api dengan kadar penggunaan petrol serendah antara 38 km/L hingga lebih 50 km/L. Kebanyakan motosikal kapcai menggunakan transmisi manual tetapi menggunakan klac emparan automatik untuk memudahkan penunggang menukar gear tanpa menghadapi masalah enjin hampir mati kerana kurang cekap menggunakan klac manual. Seperti skuter, tangki minyak motosikal kapcai terletak di bawah tempat duduk. Motosikal kapcai direka berasaskan model Honda Cub.tetapi tahap keselamatan motosikal kapcai adalah rendah berbanding motosikal yang lebih besar.
Motosikal juga boleh dipasang dengan tempat duduk sisi (sidecar), malah ada gerai bergerak yang dipasang bersama-sama motosikal bagi membolehkannya diangkut ke mana sahaja.

Kereta



Kereta ataupun automobil ialah kenderaan bertayar empat (biasanya) yang mempunyai enjin. Pada masa dahulunya ia dikenali sebagai kenderaan bermotor kerana 'motor' merujuk kepada enjin. Kereta mempunyai tempat duduk untuk pemandu dan sekurang kurangnya satu tempat duduk untuk penumpang dan selebih-lebihnya 7 orang.
Sehingga 2002, terdapat 590 juta kereta penumpang di seluruh dunia (secara kasar sebuah kereta untuk setiap 11 orang).

Umum
Kereta direka khas untuk bergerak di atas jalan raya dan mengangkut penumpang daripada membawa barangan, walaupun kadangkala kenderaan lasak (SUV - Sport Utility Vehicle) membenarkan penggunaan kereta di luar jalan raya. Di dunia ini sekarang terdapat beberapa jenis jenama kereta; yang terkenal ialah ToyotaHondaMitsubishiBMW,Mercedes BenzPROTONHyundaiVolvoIsuzuMazdaSkodaNissanAlfa Romeo dan Citroen.

Sistem kenderaan

Sesebuah kereta terdiri daripada beberapa jenis sistem kenderaan untuk membolehkannya berfungsi. Sistem-sistem yang terdapat pada kereta adalah seperti berikut:-
  • Sistem bahan api - Sistem bahan api berfungsi bagi membekalkan bahan api petrol atau diesel kepada enjin. Kesemua enjin diesel menggunakan sistem suntikan bahan apimanakala hampir kesemua model kereta berenjin petrol terkini menggunakan suntikan bahan api bagi menggantikan karburetor.
  • Sistem ekzos - Berfungsi bagi menyingkirkan gas-gas ekzos hasil pembakaran bahan api daripada enjin.
  • Sistem pelinciran - Berfungsi bagi melincirkan enjin untuk mengurangkan geseran serta mengurangkan kehausan bahagian utama enjin yang boleh mengakibatkan kerosakan pada enjin.
  • Sistem penyalaan - Berfungsi untuk menghasilkan percikan bunga api untuk pembakaran bahan api petrol. Tenaga daripada pembakaran minyak petrol akan seterusnya menggerakkan omboh dan menghasilkan kuasa bagi enjin. Sistem penyalaan hanya terdapat pada enjin petrol sahaja kerana pada enjin diesel, minyak diesel dibakar dengan mengenakan mampatan udara bertekanan tinggi yang turut menaikkan suhu sehingga minyak diesel terbakar.
  • Sistem transmisi - Berfungsi untuk menghantar aliran kuasa enjin kepada roda pemacu. Sistem transmisi menyediakan pilihan nisbah gear yang bersesuaian dengan keadaan pemanduan. Terdapat dua jenis sistem transmisi secara umumnya iaitu transmisi manual dan transmisi automatik.
  • Sistem elektrik - Berfungsi membekalkan arus elektrik yang diperlukan oleh sistem penyalaan, lampu-lampu utama dan lampu isyarat, serta peralatan elektrik yang lain.
  • Sistem penyejukan - Berfungsi menyejukkan enjin agar enjin dapat beroperasi pada suhu yang betul. Enjin yang terlalu panas akan mengalami kerosakan manakala enjin yang terlalu sejuk pula tidak berupaya menghasilkan kuasa optimum.
  • Sistem kemasukan udara - Membekalkan udara bersih kepada enjin untuk pembakaran bahan api.
  • Sistem kerangka dan suspensi - Berfungsi menyokong enjin, pemandu, penumpang serta kenderaan itu sendiri. Sistem suspensi menyerap hentakan sepanjang jalan bagi keselesaan pemandu dan penumpang.





Galah Panjang


Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. 


Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang galah pnjang mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.

Cara Bermain
Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran, kecekapan dan kepantansan setiap pemain.
  1. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.
  2. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang.
  3. Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang.
  4. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya merka belari masuk ke dalam gelanggang.
  5. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya.
  6. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.
  7. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.


Syarat Permainan
  1. Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang.
  2. Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh.

Sinonim


Sinonim ialah kata seerti atau kata yang mempunyai sama maksud.

Sebagai contoh perkataan jika sama ertinya dengan andai. Contoh lain ialah dekad dengan dasawarsa, atau tamadun dengan peradaban

Perhubungan Sinonimi ialah perhubungan makna di antara kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama yang boleh dibezakan oleh penggunaannya di dalam konteks yang berlainan. 
Faktor-faktor yang mempengaruhi aspek ini adalah unsur-unsur seperti tahap formal atau tidak formal, unsur-unsur perbezaan dialek dan juga unsur-unsur tujuan penggunaan kata itu. 

Contoh: 
o Mati = Mampus = kojol =  meninggal =  wafat = mangkat = kembali ke rahmatullah 
 Basi = Rosak = busuk 
 Jemput = Pelawa =  Undang = sila. 

Sinonimi ialah unsur yang selalu di dapati di semua bahasa dan konteks yang berlainan, mewujudkan perhubungan sinonimi yang berbeza di antara satu bahasa dan lain.

Antonim


Antonim ialah kata yang berlawanan maksudnya. 
Contohnya:
  • lelaki - perempuan
  • bersih - kotor
  • muda - tua.
  • pandai - bodoh

Antonimi ialah perhubungan di antara kata-kata yang menunjukkan unsur keberlawanan makna atau pertentangan makna. 

Ada 3 jenis antonimi yang wujud:
i) Antonimi Taksiran (Redible Antonimy) Antonimi Taksiran merujuk kepada pasangan perkataan seperti besar/kecil, sejuk/panas, tinggi/rendah, tua/muda, gemuk/kurus, kaya/miskin, baik/jahat yang boleh ditaksirkan dan boleh digunakan di dalam soalan-soalan seperti berapa besar atau berapa kecil sesuatu atau berapa sejuk atau panas sesuatu itu.
ii) Antonimi Penggenap Antonimi penggenap merujuk kepada pasangan kata seperti lelaki/perempuan; mati / hidup, kalah/menang, kahwin/bujang di mana kegunaan sesuatu kata itu bermakna ketidakwujudan makna kata yang lain. Jadi hidup maknanya tidak mati; perempuan maknanya bukan lelaki dsbnya.
iii) Antonimi Sebalikkan Ini merujuk kepada perhubungan di antara dua kata berlawanan yang menunjukkan unsur sebalikkan di mana semestinya ada dua orang atau dua hala yang terlibat. Contohnya: jual/beli, tarik/tolak, ajar/belajar, beri/terima. Jadi, kalau ada yang menjual, mesti ada yang membeli; kalau ada pengajar, mesti ada yang belajar.



Penjodoh Bilangan



Dalam bahasa Melayu, penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk membilang kata nama konkrit (bukan abstrak) seperti orang, haiwan, benda, tempat, dan sebagainya. 

Yang berikut ialah senarai penjodoh bilangan yang digunakan dalam bahasa Melayu:
PerkataanErti/KegunaanContoh
angkatankumpulan seragamseangkatan tentera
bariskumpulan benda dalam bentuk garis lurussebaris ayat
batangbenda panjang atau tinggisebatang sungai, sebatang pokok
bentukbenda yang melengkungsebentuk cincin
berkasikatan atau susunanseberkas kayu api
bidangbenda yang luassebidang tanah
biji1) buah-buahan
2) benda yang bulat
3) benda yang kecil
sebiji mangga
sebiji bola
sebiji benih
bilahbenda yang tajamsebilah pedang
buah1) benda yang besar
2) benda yang tidak ditentukan penjodoh bilangan
sebuah kapal
sepuluh buah kerusi
bukubenda yang berbongkahsebuku sabun
bungkusbenda dalam bungkusansebungkus nasi
butirbenda yang kecilsebutir peluru
carikkepingan yang dicariksecarik kain
cebispotongan, serpihansecebis kaca
cekakbenda bersaiz secekak jarisecekak sirih
cubitsedikitsecubit garam
cucukbenda yang ditusuk dengan lidisecucuk sate
dastembakan21 das tembakan meriam
deretbenda-benda dalam sebarisansederet kedai
ekorhaiwanseekor ayam
gugusbenda-benda sama jenis yang dikumpulkan dalam satu ikatansegugus anggur
gelungbenda yang berlingkarsegelung tali
gemalsama dengan "cekak"segemal padi
genggambenda-benda yang dipegang dalam kepalan tangansegenggam beras
gulungbenda yang digulungsegulung kain
gumpal1) bongkah
2) ketul
3) kepul
segumpal tanah
segumpal darah
segumpal asap
helaibenda yang nipis dan lebarsehelai baju
hidangankumpulan makanan dan minuman yang disajikansehidangan kuih-muih
hirispotongan nipissehiris daging
ikatbenda-benda yang diikat rapatseikat kayu api
jambakkarangan (bunga dll.)sejambak bunga
jambanganbenda dalam pasu atau belangasejambangan bunga
jemputbenda-benda yang diambil dengan hujung jarisejemput pasir
kakisekaki payung
sekaki cendawan
kandanghaiwan dalam kandangsekandang kambing
kapursirihsekapur sirih
kawankumpulan haiwansekawan lembu
kelompokkumpulan, gugusansekelompok pulau
kepalgumpalanbeberapa kepal nasi
kepingkepingan, potongansekeping kertas
kepulgumpalan asap atau awan yang tebalsekepul asap
keratbaahgian, potongansekerat tulang
ketulgumpalan, ketulanseketul daging
kotakbenda dalam kotaksekotak bijirin sarapan
kuntumbungasekuntum bunga merah
larassenjataselaras senapang
lembarbenda yang panjang dan luas bidangnyasebidang kain
lingkarsama dengan "gelung"selingkar tali
longgokhimpunan, timbunanselonggok sampah
naskhahsalinan bahan bacaan bersirisenaskhah majalah
orangmanusiadua orang anak
papankepingansepapan petai
pasangbenda yang berduaansepasang kasut
pasukankumpulan seragamsepasukan pemain bola sepak
patahperkataansepatah kata
pintubangunansepuluh pintu kedai
potongkepingan yang dipotongsepotong kek
pucuk1) surat
2) senjata api
sepucuk surat
sepucuk pistol
puntungkeratan kayu yang pendek-pendeksepuntung kayu api
rangkapbaris-baris karanganserangkap pantun
rawanmenyatakan selengkap benda ituserawan jala
ruasbahagian di antara dua bendabeberapa ruas tebu
rumpunkelompok, ikatanserumpun serai
sikattangkai pisangsesikat pisang
sisirsama dengan "sikat"sesisir pisang
suapsebanyak yang dijemput dan dimasukkan ke mulutsesuap nasi
tandanbuah-buahan yang bergugussetandan pisang
tangkaibungasetangkai bunga
teguksebanyak yang ditelan sekaliseteguk air
timbunhimpunan sesuatu yang bertindih-tindihsetimbun sampah
titiktitisansetitik air mata
tongkol1) kepingan yang besar dan berbongkah
2) buah jagung
setongkol kayu
lima tongkol jagung
ulasbahagian buah yang berbiji dll.seulas buah durian
untairangkaian benda yg dicucukseuntai manik
uratgelang atau benda yang kecil (halus) dan panjangdua urat gelang
utasbenda yg beruraiseutas jam tangan