Feri adalah sebuah bot atau kapal membawa penumpang, dan kemungkinannya kenderaan mereka, pada laluan yang berkala jarak dekat.
Feri memainkan peranan penting dalam sistem pengangkutan awam bagi kebanyakan bandar persisiran pantai, membenarkan transit langsung antara destinasi dengan kos lebih kecil berbanding jambatan ataupun terowong.
Feri pejalan kaki dengan banyak hentian, seperti di Venice, kadang kala dikenali sebagai bas air atau teksi air.
Di Malaysia, dua pengkalan feri yang terletak di Pulau Pinang dan Butterworth telah dibuka dengan rasminya oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 23 Sep 1959. Pengkalan ini telah diberi nama Pengkalan Raja Tun Uda di Pulau Pinang dan Pengkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth.
Perkhidmatan feri terkenal
Feri jarak jauh menyambungkan banyak pulau persisiran dengan tanah besar. Kemungkinannya yang paling dikenali di Malaysia adalah feri kePulau Pinang. Selain itu terdapat juga perkhidmatan feri menyeberangi Selat Inggeris menyambungkan Great Britain dengan Eropah lain (kebanyakannya melalui pelabuhan Perancis, seperti Calais, Cherbourg, Le Havre), dan lain-lain lagi. Feri besar juga berlayar di Laut Baltikantara Finland dan Sweden. Dari banyak segi, ia menyerupai kapal kruise, tetapi ia juga mampu membawa beratus-ratus kereta di dek kenderaan mereka. Di Britain, feri membawa kereta kadang kala dikenali sebagai Golek-Masuk, Golek-Keluar RORO (roll-on, roll-off) - merujuk cara mudah kenderaan keluar masuk kapal.. Reka bentuk RORO mempunyai kelemahan yang melemahkan kebolehan mereka belayar di laut.
Di Australia, tiga feri (Spirit of Tasmania) membawa penumpang dan kenderaan 300km menyeberangi Selat Bass, yang memisahkan Tasmania daripada tanah besar Australia. Perjalanan ini memakan masa semalaman dan menjangkau hari bagi penyeberangan pada tempoh puncak. Semua ketiga feri berpengkalan di utara bandar pelabuhan Devonport, di Tasmania; dua feri belayar laluan ke Melbourne, Victoria, dan yang ketiga ke Sydney, New South Wales.
Jenis-jenis feri
Pelbagai jenis reka bentuk kenderaan air telah digunakan sebagai feri, bergantung kepada jauh perjalanan, keupayaan membawa penumpang atau kenderaan, kelajuan yang diperlukan dan keadaan air yang mesti ditempuh oleh pesawat tersebut. Hydrofoiltelah digunakan dengan kelebihan kelajuan kruise yang tinggi pada laluan feri popular, menggantikan hovercraft pada laluan yang disenarai di atas di mana feri sekarang bersaing dengan kereta api Le Shuttle dan Eurostar yang menggunakan Terowong Selat (Channel Tunnel). Hydrofoils juga terbukti penyelesaian pratikal, mudah, cepat dan ekonomi di kepulauan Canary - penggantian mereka dengan feri kereta berkelajuan tinggi dilihat oleh sesetengah pengkritik sebagai langkah mengundur disebabkan kapal baru ini menggunakan lebih banyak minyak dan menggalakkan penggunaan kereta yang tidak kena pada tempatnya 1 di kepulauan yang sudahpun menderita akibat pelancungan pukal. Boleh dipertikaikan bahawa mengekalkan feri hydrofoil boleh menjadi penyelesaian lebih sesuai dan ramah persekitaran kepada keperluan pengangkutan kepulauan Canary . Jarak yang dekat boleh menggunakan feri kabel, dimana feri digerakkan dan di kendali dengan menggunakan kabel yang disambung di kedua belah sungai. Kadang-kala feri kabel digerakkan menggunakan tenaga manusia di atas feri. Feri reaksi adalah feri kabel yang menggunakan kuasa menyongsang (perpendicular force) arus sebagai sumber kuasa. Feri rantai boleh digunakan di sungai yang berarus laju pada jarak pendek.
Feri percuma beroperasi disesetengah bahagian dunia, seperti di Woolwich di London, England (menyeberangi Sungai Thames), di Amsterdam, Belanda (menyeberangi laluan air teluk IJ), dan di Pelabuhan New York, menyambungkanManhattan dengan Pulau Staten.
Bot feri seringkali berlabuh di kemudahan direka khas bagi meletakkan bot dengan cepat dan tepat untuk penurunan dan pebgisian, dikenali sebagai slip feri. Jika feri mambawa kenderaan jalan atai gerabak kereta api, biasanya terdapat jambatan (ramp) yang dipanggil apron yang merupakan sebahagian daripada slip. Dalam kes lain, jambatan apron merupakan sebahagian daripada feri tersebut, bertindak sebagai pengawal ombak apabila di angkat dan diturunkan untuk menyambung dengan ramp di terminal - jalan yang menjulur sebahagiannya di bawah air.
Pertama, terpendek, terbesar
Pada 11 Oktober 1811 kapal pencipta John Stevens', Juliana, mula beroperasi sebagai feri berkuasa stim pertama (berkhidmat antara New York, New York, dan Hoboken, New Jersey).
DIkatakan, laluan feri terpendek berkala sepanjang 121 meter menyeberangi selat perkapalan, menyambungkan lapangan terbang Pusat Bandar Toronto dengan tanah besar. Feri antara Bygdoy dan Lille Herbern di Oslo lebih pendek tetapi hanya beroperasi antara April dan Oktober.
Perkhidmatan feri tertua masih beroperasi adalah shuttle Sundbst ("Sound/Strait Boat") di Kristiansund. Bermula semenjak 1876, feri bermotor kecil ini menyeberangi pelabuhan dari Kirklandet ke Innlandet, kemudian Nordlandet, Gomalandet, dan kembali ke Kirklandet, mengulangi laluan pusingan pada setiap setengah jam pagi hingga petang pada hari minggu.
Dua sistem feri terbesar dunia terletak di Selat Georgia, British Columbia, Kanada, dan Puget Sound, Washington, Amerika Syarikat. Setiap sistem mengandungi sekurang-kurangnya 25 buah feri, tetapi kedua-dua mempunyai stail dan prosedur operasi yang berlainan.
Feri Penumpang
http://www.youtube.com/watch?v=v0IFjIWVfyg&feature=related
BalasPadam