Jumaat, 31 Ogos 2012

Rumah Panjang


Dalam bidang arkeologi dan antropologirumah panjang merupakan sejenis bangunan kediaman yang terdiri daripada satu bilik yang panjang. Kebanyakannya dibuat dari kayu dan merupakan bentuk binaan tetap yang awal dalam banyak budaya. Beberapa keluarga akan tinggal bersama di rumah panjang ini.


Rumah panjang di Eropah


Rumah panjang terdapat di pelbagai tempat di seluruh dunia, termasuknya AsiaEropah, dan Amerika Syarikat. Dua jenis rumah panjang Eropah yang kini telah pupus ialah:
  • Jenis neolitik Danube (Bandkeramik) yang diperkenalkan oleh petani-petani yang pertama di Eropah tengah dan barat sekitar 5000 S.M..
  • Rumah panjang penternak lembu Germanik yang termuncul disepanjang pantai barat daya Laut Utara pada abad ke-3 S.M. ataupun abad ke-4 S.M. dan mungkin merupakan perintis untuk sesebahagian jenis rumah Zaman Pertengahan, seperti Langhus Scandinavia, dan kelainan rumah panjang InggerisWales dan Scotland, serta "FachhallenhausJerman dan Belanda.
Jenis rumah panjang Zaman Pertengahan di Eropah yang masih wujud termasuknya:
  • langhus Skandinavia ataupun Viking
  • kelainan England barat daya di Dartmoor dan Wales
  • jenis England barat laut di Cumbria
  • "taighean dubha" ("blackhouse"), iaitu rumah panjang Scotland.


Replika untuk rumah panjang di Trelleborg, Slagelse. Bentuk rumah ini hanyalah tekaan kerana hanya asas bangunannya ditemui.



Rumah panjang orang asli Malaysia

Rumah panjang kaum Iban di bahagian Kapit
Jenis rumah panjang orang asli Malaysia Timurbiasanya mempunyai bilik-bilik tambahan. Di sebelah depannya ialah serambi dan di sebelah belakangnya pula ialah bahagian dapur.
Rumah panjang itu didirikan dengan bertiang tinggi supaya ia tidak terjejas oleh air bah (banjir). Pada zaman dahulu, ini juga merupakan satu cara untuk melindungkan rumah daripada diserang oleh musuh. Untuk masuk ke rumah itu, seseorang terpaksa menaikinya melalui tangga-tangga yang dibuat dari batang kayu.



Rumah panjang Sarawak

Pada 9 Oktober 2009, kerajaan negeri Sarawak berhasrat memberi nilai dan gaya baru kepada rumah panjang Sarawak tanpa mengorbankan ciri-ciri unik rumah panjang.Menteri Perumahan negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menyatakan seminar rumah panjang diadakan bagi mendapatkan pelbagai input daripada pemimpin masyarakat IbanBidayuh dan Orang Ulu . Hak milik strata bagi setiap bilik akan dikeluarkan dan dengan itu dapat digunakan sebagai cagaran apabila memohon pinjaman. Insuran rumah juga dapat dikeluarkan demi keselamatan rumah. Biasanya rumah panjang mempunyai 10 dan 20 bilik . Setiap rumah panjang mempunyai "ruai" iaitu ruang bilik bersama yang terletak di bahagian hadapan rumah itu di mana kebanyakkkan aktiviti diadakan di tempat itu.


Arkitek daripada kaum Iban akan memastikan tidak menghapuskan hak "tuai rumah" yang menjadi ketua bagi setiap rumah panjang. Hak pentadbiran mereka akan dikekalkan. Di kampung tradisional Melayu , ketua kampung menjadi penghulu bagi kampung berkenaan.Reka bentuk baru itu mungkin sama seperti konsep sebuah lot kedai dengan kaki limanya tetapi masih mengekalkan reka bentuk rumah panjang.

Ketupat


Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di MalaysiaIndonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain.


Ketupat ada disebut dalam kesusteraan Melayu, Hikayat Indraputra, yang tarikh ditulis dicatat sebagai 1700, tetapi kisahnya wujud secara lisan sebelum tarikh tersebut.
Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya. Ketupat pulutialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya, manakala ketupat nasi dibuat daripada beras. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa.
Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya. Biasanya sarung ketupat palas dianyam terlebih dahulu sebelum disumbat dengan pulut yang telah dimasak. Ketupat palas juga biasanya dihidangkan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu. Biasanya daun palas digunakan untuk membalut ketupat pulut, manakala daun kelapa untuk ketupat nasi.
Ketupat tiga segi ialah bentuk ketupat tersebut tiga segi. Ketupat moden biasanya empat segi.
Sejak 1990, ketupat yang dibungkus dalam plastik mula diperkenalkan, dan boleh dikukus dalam periuk biasa maupun periuk elektrik. Ketupat sebegini dinamakan ketupat segera / nasi himpit. Walaupun ada pelanggan yang merungut bau tidak seenak dahulu, itu tidak jadi masalah. Terdapat juga dakwaan bahawa ketupat segera dalam plastik boleh mengakibatkan barah.
Ketupat biasanya dihidangkan semasa hari raya sahaja iaitu pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Ia biasanya dihidangkan dengan rendang dan serunding serta kuah kacang. Namun kini, ketupat turut dihidangkan dengan sate di gerai-gerai dan restoran seperti di Kajang.

Ketupat bawang

Ketupat bawang.
Ketupat bawang dinamakan sedemikian, kerana kelongsongnya berbentuk bawang.








Ketupat sate

Ketupat sate dinamakan sedemikian kerana ia biasanya dihidangkan bersama sate. Ia diperbuat daripada nasi.

Ketupat nasi

Ketupat nasi dinamakan sedemikian kerana ia diperbuat daripada nasi.




Ketupat hiasan


Jenis-jenis ayat bahasa Melayu


Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama. Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang sentiasa hidup serta menarik. Jika hanya satu jenis ayat saja yang digunakan akan timbul rasa jemu pada pembaca. Oleh sebab itu, sasterawan dan penulis yang baik selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang lain, sesuai dengan keperluan.

Jenis-jenis ayat bahasa Melayu dapat digolongkan kepada empat ragam:
  1. Ayat penyata:
  2. Ayat perintah
  3. Ayat tanya
  4. Ayat seru

Ayat aktif

  • Ayat aktif dengan kata kerja transitif
  • Ayat aktif dengan kata kerja pasif


Ayat pasif

Berbanding dengan ayat aktif yang menekankan subjek, ayat pasif memberikan penekanan terhadap objek dan perbuatan sehingga subjek pelaku tidak dipentingkan atau langsung tidak perlu dinyatakan. Hal ini ada kaitannya dengan bahagian manakah yang anda hendak pentingkan atau menegaskan. Contohnya:
  • Perkara itu sudah diselesaikannya; atau
  • Perkara itu sudah diselesaikan
adalah ayat-ayat pasif yang menegaskan "perkara itu", bukan pelaku yang menyelesaikan perkara itu. Bandingkan dengan ayat, "Dia sudah menyelesaikan perkara itu." Ayat itu menegaskan pelaku "dia".

Ayat perintah

Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.
Jenis perintahContoh penggunaan
PerintahBerdiri di atas kerusi itu.
SuruhanIkat tali kasut anda dengan betul.
LaranganJangan pergi ke sungai yang dalam airnya.
PermintaanTolong angkat baju itu.
AjakanMengucaplah banyak-banyak.
SilaanSila jamu selera.
DoaSyukurlah kamu sudah kembali.
HarapanHarap-harap hari tidak hujan.

Perhatikanlah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak dinyatakan. Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada orang yang ayat perintah itu ditujukan.
Contoh-contoh di atas juga menunjukkan bahawa awalan "ber" dan "meN" kekadang tidak digugurkan. Aturan yang perlu dipegang ialah:

Ayat nafi

Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:
  • Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap.
  • Aurora bukan jururawat, tetapi doktor.
Disamping itu, ayat nafi boleh juga digunakan untuk menekankan atau menegaskan sesuatu maksud. Contohnya:
Ayat biasaAyat nafi
Cadangannya harus diketepikan.Cadangannya tidak perlu kita pedulikan.
Kerja ketua memang susah.Kerja ketua tidak pernah senang.

Walaupun kedua-dua ayat dalam setiap pasangan di atas mempunyai maksud yang sama, ayat nafi menekankan maksudnya, sedangkan ayat biasa menyatakan maksud secara biasa sahaja.
Peranan ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh diperhatikan dalam ayat tanya, umpamanya:
  1. Bukankah orang itu guru kamu?
  2. Tidakkah kamu ingin menyertai peraduan itu?
  3. Anda sudah faham, bukan?

Penggunaan dengan frasa nama

Secara umum, kata nafi "bukan" digunakan apabila frasa yang mengikutinya ialah frasa nama. Contohnya:
  1. Ini bukan kucing.
  2. Malaysia bukan negara republik.
  3. Gajah bukan haiwan yang terbesar di dunia.
Selain itu, "bukan" juga boleh digunakan untuk frasa yang lain daripada frasa nama dalam hubungan seperti yang berikut:
  1. Dia bukan bodoh, tetapi malas.
  2. Dia bukan belajar, tetapi bermain.
Kata "bukan" dalam kedua-dua ayat itu boleh juga digantikan dengan "kata tidak":
  1. Dia tidak bodoh, tetapi malas.
  2. Dia tidak belajar, tetapi bermain.
Bagaimanapun, penggantian "bukan" dengan "tidak" menyebabkan sedikit perubahan maksud. Penggunaan "tidak" hanya menyatakan maksud secara biasa, sedangkan penggunaan "bukan" menekankan pertentangan dua keadaan secara jelas.

Penggunaan dengan frasa sendi

Untuk frasa sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan menurut kesesuaian, umpamanya:
  1. Saya tidak ke sekolah hari ini kerana sakit.
  2. Saya bukan dari sektor kerajaan.
  3. Malaysia bukan di benua Afrika.
  4. Buku ini bukan untuk anda.
Kata "bukan" dan "tidak" dalam keempat-empat ayat di atas tidak boleh saling berganti. Oleh sebab itu, perhatian harus diambil dalam penggunaan kata "bukan" dan "tidak".

Kesalahan yang biasa berlaku

Kesalahan yang biasa berlaku untuk ayat nafi ialah kekeliruan antara penggunaan kata "bukan" dan "tidak".

Ayat tanya

Ayat tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara:

Cara-cara untuk membentuk ayat tanya


1.   Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata


Ayat penyataAyat tanya
Tetamu sudah tiba.Tetamu sudah tiba?
Buah itu sudah masak.Buah itu sudah masak?
Mereka hendak menolong kita.Mereka hendak menolong kita?

Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di atas dinyatakan dengan suara menaik pada akhir ayat.

2.   Menggunakan partikel "kah"

Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui penggunaan partikel "kah" untuk mencipta ayat tanya sungsang:
Ayat penyataAyat tanya
Tetamu sudah tiba?Sudah tibakah tetamu?
Buah itu sudah masak?Sudah masakkah buah itu?
Mereka hendak menolong kita?Hendak menolong kitakah mereka?

Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk mengelakkan kesamaran makna.

3.   Menggunakan pelbagai kata

Ayat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan kata adaapabilabagaimanaberapamengapamana, dan siapa.
KataAyat tanya
Tanpa partikel "kah"Dengan partikel "kah"
AdaTiadaAdakah cara saya ini betul?
ApaApa yang kamu beli tadi?Apakah yang kamu beli tadi?
BagaimanaBagaimana cara untuk mendaftar diri?Bagaimanakah cara untuk mendaftar diri?
BilaBila ayah kamu pulang?Bilakah ayah kamu pulang?
MengapaMengapa kamu datang lambat hari ini?.Mengapakah kamu datang lambat hari ini?.
ManaMana ibu?Manakah ibu?
SiapaSiapa nama jiran baru kamu?Siapakah nama jiran baru kamu?

Kecuali kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "kah". Bagaimanapun, partikel "kah" sering digunakan untuk maksud penegasan.

Kesalahan yang biasa berlaku

Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung ayat. Umpamanya:
  • Tetamu sudah tibakah?
  • Buah itu sudah masakkah?
  • Mereka hendak menolong kitakah?
Kesalahan ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti berikut:
  • Tetamu sudah tibake?
  • Buah itu sudah masakke?
  • Mereka hendak menolong kitake?
"Ke" sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak boleh digunakan dalam tulisan. Selain itu, "kah" tidak boleh digunakan di hujung ayat.

Ayat songsang

Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada hujung ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa:
AYAT BIASASUBJEK + PREDIKAT
AYAT SONGSANGPREDIKAT + SUBJEK
AYAT PASIFOBJEK + KATA KERJA + SUBJEK
Ayat songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya membantu menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan menyebabkan bahasa anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang amat berguna jika anda perlu menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua jenis ayat dapat disongsangkan.
Jenis ayatSusunan biasaSusunan songsang
Ayat intiEncik Yosri birokrat.Birokratlah Encik Yosri.
Kucing itu ke sana.Ke sana kucing itu.
Ayat tanyaOrang itu adik kamu?Adik kamukah orang itu?
Kamu belum makan?Belum makankah kamu?
Ayat pasifSurat itu akan saya kirimkan.Akan saya kirimkan surat itu.
Saya ketinggalan bas pada hari itu.Ketinggalan bas saya pada hari itu.

Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel "kah" (untuk ayat tanya) dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu digunakan supaya jelas bentuk ayat songsang itu.

Ayat inti

Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.

Ayat gabungan

Ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata penghubung seperti dansertaatautetapi,lalu, dan sebagainya untuk mengaitkan pendapat yang berhubungan antara satu dengan yang lain. Bahasa Melayu mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu:
  1. Ayat dengan ayat
  2. Subjek dengan subjek
  3. Predikat dengan predikat
  4. Adverba dengan adverba
  5. Objek dengan objek.
  6. Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan.

Jenis ayat gabunganAyat komponenAyat gabungan
Ayat dengan ayatAbu amat rajin bekerja.
Majikan menaikkan gajinya.
Abu amat rajin bekerja dan majikan menaikkan gajinya.
Subjek dengan subjekAli suka makan manggis.
Ahmad suka makan manggis.
Ali dan Ahmad suka makan manggis.
Predikat dengan predikatMereka menghadiri ceramah itu.
Mereka menganggap ceramah itu sangat berfaedah.
Mereka menghadiri ceramah itu kerana mereka menganggap ceramah itu sangat berfaedah.
Adverba dengan adverbaSaya akan menghabiskan kerja itu besok.
Jika tidak jadi, saya akan menghabiskan kerja itu lusa.
Saya akan menghabiskan kerja itu besok atau lusa.
Objek dengan objekIbu membeli sayur di pasar.
Ibu membeli ikan di pasar.
Ibu membeli sayur dan ikan di pasar.
Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan-Sedangkan dia tidak dapat memasuki kolej itu, apatah lagi saya.

Selain daripada memperkaya gaya penulisan, ayat gabungan dapat mengaitkan dua ayat yang seakan-akan tidak ada perkaitan. Contohnya:
  1. Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar.
  2. Polar tidak percaya.
Kedua-dua ayat seakan-akan tidak ada perkaitan. Jadi, dalam hal sedemikian, ayat gabungan yang berikut amat perlu digunakan:
Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar, tetapi Polar tidak percaya.

Ayat pancangan

Ayat pancangan ialah ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar dan satu klausa (ayat kecil), umpamanya:
  • Keluarga Ali berpindah ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya.
  • Jika hari hujan, saya tidak akan keluar dari rumah.
  • Angkatan tentera British tertewas di Singapura walaupun mempunyai lebih askar berbanding dengan tentera Jepun.








Kata Seru


Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut, dan sebagainya. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun. Dalam bahasa Melayu, kata seru digunakan untuk membentuk ayat seru. 

Perhatikan penerangan di bawah.
Kata SeruPeneranganAyat Contoh
AduhDigunakan untuk
(a)Menyatakan perasaan sakit
(b)Menyatakan perasaan kagum/hairan
1. Aduh, sakitnya tanganku!
2. Aduh, indah sekali pemandangan di sini!
AduhaiDigunakan untuk menyatakan perasaan sedih/dukacita
1. Aduhai, malang sekali nasib peminta sedekah itu!
2. Aduhai, apalah malang nasibku ini!
AhDigunakan untuk menyatakan perasaan penolakan/tidak bersetuju/membantah
1. Ah, aku tidak bersetuju!
2. Ah, aku tiada masa untuk melayan engkau!
AmboiDigunakan untuk menyatakan perasaan kagum/hairan
1. Amboi, sombongnya dia!
2. Amboi, hebat sekali engkau beraksi!
Cis/cihDigunakan untuk
(a) Menyatakan perasaan marah
(b) Menyatakan perasaan mengejek/menyindir
1. Cis, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga!
2. Cih, harimau di hutan lagi dapat kujinakkan, inikan pula cicak mengkarung!
EhDigunakan untuk menyatakan perasaan hairan/terkejut
1. Eh, bilakah kau pulang ke tanah air!
2. Eh, Salim pun ada di sini!
HaiDigunakan untuk
(a) Menyatakan perasaan hendak menegur atau menyapa seseorang
(b) Cuba menarik perhatian
1. Hai, nama saya Patsy!
2. Hai, lihat anak kecil di hujung sana itu!
NahDigunakan untuk menarik perhatian dan pelbagai maksud lain
1. Nah, ambillah pemberikanku ini!
2. Nah, serahkan saja perkara ini kepada mereka!
WahDigunakan untuk menyatakan perasaan kagum/takjub
1. Wah, tinggi sungguh cita-citamu!
2. Wah, mulia sekali hatimu!
WahaiDigunakan untuk
(a) Menyatakan perasaan dukacita
(b) Mendapatkan perhatian
1. Wahai kawan-kawanku, marilah kita bersatu padu!
2. Wahai anak-anak bangsaku, janganlah leka dengan kemewahan dunia!



Tandaan !

Semua ayat seru, tanda serunya mestilah diletakkan di hujung ayat dan bukannya selepas kata seru. Semua ayat seru ditandai dengan tanda seru (!).


Kesalahan umum

1. Kesalahan menggunakan kata seru yang salah atau tidak menggambarkan perasaan yang dinyatakan. Contoh:
(a) (i) Wahai, gemuknya kambing peliharaan Pak Jusoh ini! (SALAH)
(ii) Wah, gemuknya kambing peliharaan Pak Jusoh ini! (BETUL)
(b) (i) Cis, sakit sungguh jariku ini! (SALAH)
(ii) Aduh, sakit sungguh jariku ini! (BETUL)
Ayat (a)(i) dan (b)(i) salah kerana tidak menggunakan kata seru yang betul. Gunakan kata seru berdasarkan gambaran perasaan yang dinyatakan dalam ayat tersebut.
2. Kesalahan meletakkan tanda seru selepas kata seru dalam ayat. Contoh:
(a) (i) Nah! ambillah buku ini sebagai hadiah daripadaku. (SALAH)
(ii) Nah, ambillah buku ini sebagai hadiah daripadaku! (BETUL)
(b) (i) Wah! bergaya benar dia hari ini. (SALAH)
(ii) Wah, bergaya benar dia hari ini! (BETUL)
Ayat (a)(i) dan (b)(i) salah kerana meletakkan tanda seru selepas kata seru dalam ayat seru. Untuk semua ayat seru, tanda serunya mestilah diletakkan di akhir ayat seru.